CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Sarawak] Selami ‘denyut nadi’ rakyat

[Copy link]
Post time 19-1-2022 08:24 AM | Show all posts |Read mode


SONG: Pemantauan berterusan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan dan mengatasi masalah rakyat amat penting, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan.

Menurut beliau, ia juga amat penting bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan memathui piawaian dan standard yang telah ditetapkan.

“Saya akan bersama rakyat untuk memantau semua projek yang akan dilaksanakan supaya perlaksanaannya mememuhi piawaian atau standard spesifikasi yang ditetapkan, tiada kompromi dalam mengatasi masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ngabas Rakyat, I’m with you di Rumah Nobert Nanga Sesawa, Rumah Kanyan Ulu Lajan, Rumah Erung Sebuluh dan Rumah Josly, Muyong di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut berkenaan program berkenaan, Lidam memberitahu ia adalah bagi beliau memahami dengan lebih mendalam masalah dan keperluan rakyat di DUN Katibas.

“Dalam saya membuat perancangan saya perlu melihat, mendengar dan merasa sendiri keadaan rakyat supaya seboleh-bolehnya apa yang kita buat ada kesan yang baik untuk rakyat,” katanya.

Menurutnya, program atau lawatan seperti itu juga penting bagi membolehkan beliau mendengar ‘denyut nadi’ rakyat di kawasan untuk dibawa kepada pihak yang berwajib atau diketengahkan kepada pemimpin di peringkat atasan.

“Kita tak nak apa yang kita buat tidak selari dengan keadaan dan kehendak rakyat. Oleh itu saya semampunya akan melawat ke tempat tempat terpilih dalam perancangan yang akan di angkat ke peringkat atasan,” tambahnya.


January 18, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.407089 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list