CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Sarawak] Perkhidmatan LAK disaran guna teknologi digital

[Copy link]
Post time 19-1-2022 08:19 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Lembaga Air Kuching (KWB) digesa menambah baik perkhidmatannya dengan menggunakan teknologi digital.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, dengan jangkaan pengguna yang semakin meningkat, KWB harus meningkatkan kualiti dan kecekapan penyampaian perkhidmatannya terhadap pengguna.

Menurutnya, ia adalah bagi melengkapkan kakitangan dengan kecekapan yang diperlukan untuk mengelak ketidakpadanan permintaan dan perkhidmatan.

“Saya amat gembira dengan usaha KWB dalam memenuhi keperluan dan jangkaan penduduk Bandaraya Kuching dengan populasi 711,500 berdasarkan data banci 2020, serta memenuhi permintaan bekalan air dari JBALB untuk Samarahan, Puncak Borneo, Bau, Semariang dan lain-lain yang berdekatan kawasan-kawasan.

“Namun, sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan,” katanya selepas melakukan lawatan ke Lembaga Air Kuching di sini pada Selasa.

Tambah beliau lagi, beberapa industri elektronik di Zon Perindustrian Bebas akan mengembangkannya operasi dalam masa terdekat dan dianggarkan bahawa mereka akan memerlukan permintaan tambahan sebanyak 21 juta liter sehari (MLD) menjelang akhir tahun.

Justeru, beliau berharap  agar KWB melaksanakan projek-projek di atas dengan berkesan dan tepat pada masanya untuk mengelakkan sebarang kekurangan bekalan air pada masa hadapan.

Turut mengiringi semasa lawatan tersebut ialah Menteri Muda Utiliti dan Telekomunikasi I, Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Utiliti dan Telekomunikasi II, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Pengerusi Lembaga Pengarah KWB, Dato Sri Wan Lizozman Omar dan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Ir Alice Jawan.


sarawakvoice.com/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050869 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list