LIMBANG: Program Imunisasi COVID-19 (PICK) di daerah Limbang berjalan lancar.
Pejabat Kesihatan Limbang dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam Dewan Bunga Raya Limbang telah dibuka kepada orang awam mulai 17 Januari lepas.
Ini membolehkan penduduk di daerah Limbang mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya Februari 2022 bagi mengekalkan status lengkap.
Bagi mereka yang terlepas janji temu vaksin dos penggalak atau yang ingin mendapatkan dos penggalak disarankan hadir secara terus atau ‘walk-in’ di PPV Dewan Bunga Raya pada tarikh yang telah ditetapkan.
Waktu operasi pemberian vaksin dos penggalak COVID-19 bermula jam 8:00 pagi hingga 3:00 petang.
Mereka yang menerima vaksin dos penggalak adalah berumur 18 tahun ke atas dan telah lengkap menerima dos kedua masing-masing sekurang-kurangnya tiga bulan yang lepas.
Sementara itu, orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pemberian vaksin dos penggalak COVID-19 boleh mengubungi hotline PPV Daerah Limbang melalui Whatsapp di talian 013-8301046.
sarawakvoice.com/2022/01/19 |