CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Sarawak] Recoda menang anugerah Inovasi Antarabangsa 2021

[Copy link]
Post time 19-1-2022 08:16 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) telah menerima anugerah Inovasi Antarabangsa (IA) di bawah kategori Perkhidmatan dan Penyelesaian dengan Inovasinya Sistem Pengurusan Projek Recoda (RPMS).

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Lembaga RECODA, secara simbolik menerima anugerah itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching pada Selasa.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA).

Untuk rekod, RECODA yang merupakan badan berkanun negeri diumumkan sebagai pemenang pada 9 Disember tahun lalu secara maya yang diadakan di Singapura.

Anugerah pengiktirafan tersebut menyaksikan RECODA bersaing dengan lebih 160 calon lain di 30 negara yang melibatkan 24 industri.


sarawakvoice.com/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048829 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list