CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Sarawak] RM160 juta baik pulih sekolah di Sarawak

[Copy link]
Post time 19-1-2022 08:14 AM | Show all posts |Read mode


LAWAS: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperuntukkan sejumlah RM160 juta untuk projek membaik pulih sekolah, kediaman guru, asrama pelajar dan dewan sekolah di Bahagian Limbang, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Projek itu melibatkan 35 sekolah rendah di daerah Limbang dan 32 sekolah rendah di daerah Lawas, katanya pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah daerah Lawas.

Turut diadakan penyerahan sumbangan geran projek luar bandar (MRP) dan penyerahan sumbangan laptop kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) di sini.

Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata, pelaksanaan bagi pejabat pendidikan daerah Lawas yang baharu juga sedang giat dilaksanakan.

Peruntukan besar itu, katanya, membuktikan kesungguhan Kerajaan GPS dalam memastikan anak-anak Sarawak mendapat pendidikan dan latihan sempurna.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang, Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Lawas Mukhsen Anuar dan Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Datu Ubaidillah Abdul Latip.


sarawakvoice.com/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.077677 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list