CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Sarawak] 72 peratus warga Sarawak menerima dos penggalak

[Copy link]
Post time 19-1-2022 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-1-2022 12:03 AM

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyeru dan menggesa rakyat Sarawak agar mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi mengekang penularan semula wabak tersebut.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, jumlah kes COVID-19 di Sarawak dilihat menurun dan salah satu sebabnya adalah hasil pemberian dos penggalak yang tinggi di negeri sejak 13 Oktober 2021.

“Adalah penting untuk seseorang itu mendapat dos penggalak dan melihat kepada keadaan di Sarawak sekarang, jumlah kes kita nampak menurun. Satu sebabnya adalah jumlah rakyat Sarawak yang mendapat dos penggalak adalah tinggi,” ujar beliau kepada pemberita semasa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi The Spring di sini, pada Selasa.

Turut hadir, Dr Radziah Mohamad dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.


Uggah ketika berkunjung ke  di PPV Integrasi di The Spring, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Uggah memaklumkan bahawa sehingga 13 Januari 2022, sejumlah 72.2 peratus populasi yang layak di Sarawak telah mendapat vaksin dos penggalak tersebut.

“Justeru, kita berterima kasih kepada mereka yang telah bersedia menerima dos penggalak manakala bagi yang belum, kita merayu mereka tampil ke hadapan. Ia penting bagi melindungi diri sendiri. Dengan dos penggalak juga, anda melindungi orang yang anda sayangi sekaligus melindungi masyarakat,” ujarnya lagi.  

Menurutnya juga sehingga kini, masih terdapat dianggarkan 380,047 rakyat yang layak untuk mendapat dos penggalak tetapi belum tampil ke hadapan untuk mengambilnya.
Sejumlah 66,184 katanya, adalah di Kuching, Miri (71, 362), Sibu (38, 284) dan Sarikei (31, 671).

“Jadi saya menyeru kepada siapa yang layak tapi belum dapat dos penggalak, sila datang ke PPV Integrasi di Kuching ataupun di klinik-klinik swasta yang berdaftar, PPV Awam dan juga di klinik awam yang masih menawarkan perkhidmatan berkenaan,” tambah Uggah.

Pemberian dos penggalak katanya, dilaksanakan di 77 klinik swasta 12 hospital swasta, 136 klinik kesihatan dan secara mobile.

Jelasnya, terdapat sebuah PPV Intergrasi di Kuching; dua buah PPV Awam di Sibu; dua buah PPV Awam di Serian; dua buah PPV Awam di Sri Aman; sebuah PPV Awam di Limbang dan sebuah PPV Offsite UTS di Sibu yang masih beroperasi untuk memberikan dos penggalak.

“PPV Integrasi Spring akan beroperasi sehingga satu tarikh yang akan ditentukan kemudian, bergantung kepada sambutan orang ramai. Diharap PPV Integrasi Spring akan dapat memudahkan mereka di Kuching dan Samarahan,”katanya.

Kata Uggah juga, walaupun angka kes COVID-19 di Sarawak kelihatan rendah, rakyat mesti terus berwaspada, berjaga-jaga dan terus mengikut SOP (Prosedur Operasi Standard) yang telah ditetapkan.

“Dengan itu kita harap penyakit seterusnya iaitu Omicron yang telah merebak diseluruh dunia dapat dikekang di negeri Sarawak.

“Sehingga kini angkanya tidak begitu tinggi dan kita berharap keadaan sebegitu diteruskan,” ujarnya sambil manambah, angka tersebut dapat dicapai susulan rakyat Sarawak memberikan kerjasama dan mengikuti SOP-SOP ditetapkan.

Untuk rekod, setakat 17 Januari, Sarawak telah mencapai peratus liputan dua dos sejumlah 2,131,681 orang (75.7 peratus) bagi seluruh populasi Sarawak.

Sementara itu, populasi dewasa di Sarawak iaitu umur 18 tahun ke atas telah mencapai 91.8 peratus liputan dua dos, bersamaan dengan 1,874,531 orang manakala bagi remaja umur 12 hingga 17 tahun, sejumlah 88 peratus (258,150).


utusanborneo.com.my/2022/01/19

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050182 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list