View: 3713|Reply: 27
|
[Tempatan]
Breaking-Jihan Musa didakwa salah guna kuasa
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 19-1-2022 12:53 AM
KUANTAN: Seorang ketua cawangan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan sendiri.
Tertuduh, Nor Jihan Musa, 37, memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Nor Jihan melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di pejabat agensi berkenaan pada Disember 2020 dan Mac tahun lalu.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 Disember 2020 dengan menggunakan jawatan sebagai ketua cawangan untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan permohonan ubah syarat lesen pengendali atau permit kenderaan barangan syarikat miliknya sendiri.
Pertuduhan kedua pula, tertuduh pada 31 Mac 2021, didakwa menggunakan jawatan sebagai ketua cawangan bagi mendapatkan suapan dengan meluluskan permohonan melesenkan kenderaan mengikut surat tawaran kepada syarikat miliknya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan kesalahan itu. Jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 akan mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nadzirah Zahari manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Zaharman Zainal Abidin.
Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM10,000 kepada tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan, bagaimanapun mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin RM8,000 selepas mendengar hujahan rayuan peguambela tertuduh.
Hakim menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sekali setiap bulan bermula Januari 2022 sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.
https://www.utusan.com.my/terkini/2022/01/jihan-musa-didakwa-salah-guna-kuasa/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
it's a scam! |
|
|
|
|
|
|
|
Cis, aku ingat Jihan Muse gegoor vaganza, rupanya tipah tertipu |
|
|
|
|
|
|
|
Yihhh… jihan musa lain rupanya.
Beraninya org zaman skarng sikit xde takut.. laki pompuan sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakai face mask je tapi macam cantik je acik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
nama ayah pun sama kan..tp nama i pun byk bila i try search kt ig & fb
nama sama pastu nama ayah sama...
tp kan jihan tu sombong la irl..ingt dh cantik sikit i heran..ni kejadian masa ggv lah..i xlyn pun tp i teman kwnnn..pergi la first n last |
|
|
|
|
|
|
|
lawa plak yg belah kanan tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
mati2 igt jihan muse.. ada kuasa ape pulak acik jihan muse tu tibe2 nak salah guna kuasa |
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting masa makan tahu halal haram |
|
|
|
|
|
|
|
jimbet nama sama plak..baru plan nak bergossipan |
|
|
|
|
|
|
|
Haha aku baca kosmo online tadi
Tanjat gegirl |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke uols? x sedar dirinye...x pyh berlagak sangatlah dia tu ingat org heran ke kat dia..perasan top le tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak tanya betul ka aku pernah dengar nama tu tapi tak tau dimana. Thank God I'm not hallucinating, memang betul it's some kind of a celebrity.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jihan Muse tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan permohonan ubah syarat lesen pengendali atau permit kenderaan barangan syarikat miliknya sendiri.
kalau dah company sendiri maknanya sendiri suap sendiri makan ka?
btw, apa beza APAD dengan SPAD? persamaan aku taulah, dua2 pakai pad
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ada kenal orang nama Mahathir bin Mohamed dan Hussin bin Onn.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jebon |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ellZack at 19-1-2022 12:11 PM
Decaffeinated replied at 19-1-2022 11:30 AM
kalau dah company sendiri maknanya sendiri suap sendiri makan ka?
btw, apa beza APAD dengan ...
Sama. Tukar nama je. Dulu Suruhanjaya, sekarang Agensi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|