CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14163|Reply: 191

Saya akan bersalin bila-bila masa – Neelofa

  [Copy link]
Post time 18-1-2022 11:23 PM | Show all posts |Read mode
Saya akan bersalin bila-bila masa – Neelofa

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... -bila-masa-neelofa/

Oleh NUR EMIRA SAIZALI
18 Januari 2022, 10:51 pm



KUALA LUMPUR – Selepas mengunci mulut selama lapan bulan, selebriti popular Neelofa akhirnya mengakui sedang menghitung hari menunggu kelahiran cahaya mata sulungnya.
Akui pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 33, perasaan gementar turut dirasainya menjelang proses kelahiran anak pertamanya nanti.

“Ya, sekarang ini saya menghitung hari dan bila-bila masa sahaja akan bersalin. Insya-Allah kami akan umumkan berita kelahiran anak kami nanti.

“Gementar juga nak melalui proses melahirkan nanti, harap akan dapat bersalin normal jika semuanya dalam keadaan baik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Neelofa berkata demikian usai majlis pelancaran perisa baharu susu Nilofa di Bayswater at KLCC di ibu negara.

Ditanya tentang persiapan, bekas pengacara MeleTOP itu memberitahu banyak bertanya tips dan nasihat daripada ahli keluarga sebagai persediaan untuk bergelar seorang ibu.

Katanya, bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan pendakwah terkenal, Haris Ismail juga akan dilahirkan di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah barangan bayi sudah kami sediakan.

“Ternyata proses mengandung, melahirkan dan menjadi seorang ibu merupakan satu pengalaman yang sangat berbeza.

“Mental juga perlu bersedia dengan banyak membaca dan bertanya nasihat daripada ahli keluarga kami,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Sejak Julai tahun lalu, berita mengenai kehamilan Neeofa hangat diperkatakan umum, namun pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu kekal dengan pendirian untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status kandungannya.

Antara pendekatannya yang menarik perhatian ramai adalah lebih baik berkongsi tentang kelahiran berbanding kehamilan.- K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 12:04 AM | Show all posts
Kisah ke semua orang pun.
Susu baru perisa ape?
Delima kah?
Leh claim sy gunakan delima semasa mengandung dan proses bersalin sgt mudah.
Benak2 yang pregnant boleh cuba
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Smga dipermudahkan urusan melahirkan ya lofa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimudahkan lopa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Skala nguapan 200%
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sangap attention kan jahlop ni
Acah2 satu msia hadapppp nk tahu sgt psl dia yg mmg kemaruk limelight walau dh berniqab bagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2022 06:52 AM | Show all posts
Pendakwah terkenal???Yihhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendakwah terkenal??? Kihkihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 07:40 AM | Show all posts
pendakwah terkenal hapooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 18-1-2022 04:04 PM
Kisah ke semua orang pun.
Susu baru perisa ape?
Delima kah?

hahaha. susu sokelat katanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Atas  sebab apa.dia boleh jadi.pendakwah?
Ada tauliah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 3chanceno at 19-1-2022 08:23 AM

Dah duk kl, bersalin di sini lah takkan pakistan

Dah acah2 tak nak reveal pasal mengandung, tiber nak umum nak bersalin.  Suka ko lah jahkobis, duk dendiam je la sampai anak dah gi sekolah

Semuga semua selamat.

@dudaberhias
@Normabaru

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-1-2022 07:54 AM
Atas  sebab apa.dia boleh jadi.pendakwah?
Ada tauliah ka?

Tu dia ada kelulusan apa yang boleh digelar pendakwah?

Tapi tapi budak yang ada kes tu apa pu ke daiei s*it tu pun masih pakai gelaran tu walaupun perangai tak semenggah & tengah tunggu jes disebut di mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ustad wadi ke ustad don ke bole la dipanggil pendakwah terkenal. Bdk tak abis belajar ni pendakwah apa. Pendakwah takde nk nerakan org suka2 hati mak bapa tok nenek dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:30 AM | Show all posts
okay noted.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-1-2022 07:54 AM
Atas  sebab apa.dia boleh jadi.pendakwah?
Ada tauliah ka?

We are all khalifah dan pendakwah atas muka bumi ini....in our own ways and capacities ...through different platforms and mediums....

Sabda Nabi...sampaikhen la walau sebaris ayat.....

Somi ko tentunya tak didik ko bab ini kheunz nanaz?

kau nak aku sambung lagi?(tagline pendeta tersohor)

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 08:32 AM | Show all posts
x abis dok gebang pendakwah terkenal...
Annoying sungguh

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 19-1-2022 08:22 AM
Dah duk kl, bersalin di sini lah takkan pakistan

Dah acah2 tak nak reveal pasal mengandung, ...

The prerogative is theirs..samada nak announce tak announce atau pilih waktu utk announce...

Yg harus kita raikheun adala bakal bertambahnya umat nabi atas muka bumi ini...dan semoga dipermudahkheun....utk ianya menjadi kenyataan...

So very the easy kheunz?

Laki ko takda didik bab bab mudah macam ini keww?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 19-1-2022 08:26 AM
Tu dia ada kelulusan apa yang boleh digelar pendakwah?

Tapi tapi budak yang ada kes tu apa pu ke  ...

Kelulusan dari surat nikah dgn Hajjah neelopa Siti khadijoh Malaya dapat jadi pendawah.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu Masa nak sign contract dgn agensi eropah bukan main excited. Heboh satu Malaya. Buat press conference lagi.
Bila mengandung cam sendu...Tak excited. Sskjp nya pun Takde sound.
Lain maciaaam je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065579 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list