CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2328|Reply: 0

Lalat Banyak Di Rumah? Guna 5 Bahan Semulajadi

[Copy link]
Post time 18-1-2022 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by novelloverzz at 18-1-2022 11:05 PM




Lalat merupakan serangga yang boleh menyebarkan bakteria di dalam rumah kita. Mana tidaknya, selepas ia menghurung najis dan sampah, ia datang menghurung makanan pula.

Maka, disebabkan itulah ia boleh menyebabkan penyakit seperti keracunan makanan, taun, demam kepialu, batuk kering dan jangkitan mata (Healthline, 2019).

Malah, menurut Medical News Today, kajian terbaru menemui 33 jenis bakteria pada lalat yang boleh menyebarkan pelbagai penyakit pada manusia termasuk spesies Helicobacter pylori. Bakteria spesies ini dipercayai boleh menyebabkan ulser dinding perut serta merupakan faktor risiko kanser perut.

Biarpun cara bakteria itu dipindahkan kepada lalat belum difahami sepenuhnya, pakar percaya lalat berpotensi menjadi penyebar pantas patogen dalam penularan jangkitan.

Oleh hal yang demikian, kita perlu berwaspada sekiranya terdapat banyak lalat di rumah kita. Masalahnya, ia bukanlah dapat dibasmi dengan mudah. Jadi, kami ingin kongsikan beberapa tips untuk menghalau lalat dalam rumah anda. Mari baca.

1. Bunga atau herba
Menurut Healthline, anda boleh menanam bunga atau herba yang boleh menghindari lalat seperti daun selasih, lavender, daun salam ataupun catnip.
Anda boleh menanam tumbuhan tersebut di luar rumah untuk menghalang serangga perosak berkenaan daripada ‘bertandang’ ke rumah anda.


Pokok catnip. (Kredit: Google)


2. Cuka/cuka epal
Cuka merupakan antara bahan yang boleh menghalau lalat dari rumah anda. Kongsi Kompas, anda hanya perlu mencampurkan dua cawan cuka, satu senduk minyak kayu putih dan secawan air ke dalam sebuah bekas. Kemudian, masukkan ke dalam botol penyembur dan sembur di kawasan yang sering didatangi lalat.

Jika anda menggunakan cuka epal pula, anda perlu mencampurkannya dengan sabun sepertimana dikongsikan Healthline.


Cuka epal. (Kredit: Google)

Campurkan cuka epal dengan beberapa titis sabun cuci pinggan di dalam gelas. Tutup gelas dengan pembalut plastik dan ikat dengan getah. Seterusnya, cucuk beberapa lubang pada bahagian atas.

Dengan cara ini, lalat akan tertarik dengan cuka di dalam gelas dan akan terbang masuk menerusi lubang. Namun, sabun pencuci pinggan akan membuatkan lalat tenggelam.

3. Pokok venus flytrap
Cara ini mungkin sedikit unik. Anda juga boleh menanam pokok karnivor ini di luar rumah agar ia dapat memakan lalat.

Memetik Healthline, tumbuhan ini akan memerangkap lalat dan merembeskan cecair pencernaan bagi melembutkan dalaman serangga. Ia mungkin mengambil masa sekitar 5 hingga 12 hari sebelum mengeluarkan rangka exoskeleton yang berbaki.


Venus flytrap. (Kredit: Fine Gardening)

4. Minyak/semburan serai
Masukkan beberapa titis minyak serai ke dalam segelas air dan pastikan ia bercampur. Sembur ke bahagian rumah yang sering didatangi lalat.

Anda juga boleh membeli semburan serai di Shopee. Selain menghalau lalat, ia juga boleh menghindari serangga lain seperti nyamuk dan lipas.

5. Garam dan kunyit
Menurut Kompas, garam dan kunyit merupakan bahan semulajadi yang boleh menghalau lalat di dalam rumah anda. Caranya, campurkan garam dan kunyit ke dalam satu bekas. Letakkan bekas tersebut di bahagian yang sering didatangi lalat.

Kredit: Siakap Keli



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057030 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list