CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Pilih sama ada nyawa atau masa lebih berharga'

[Copy link]
Post time 18-1-2022 09:53 PM | Show all posts |Read mode
'Pilih sama ada nyawa atau masa lebih berharga'

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 18, 2022 @ 7:28pmbhnews@bh.com.my




Kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang melakukan pemantauan kualiti udara susulan kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung. - NSTP/DANIAL SAAD


NIBONG TEBAL: "Ada yang enggan dan malas untuk berpindah, tambahan pula tidak tahu sampai bila perlu tinggalkan rumah. Namun sekarang, buatlah pilihan sama ada nyawa atau masa yang lebih berharga."

Begitu penegasan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kebun Baru, di sini, Nur Syakila Abdullah, 48, yang memaklumkan masih ada penduduk kampung itu yang berdegil tidak mahu mengosongkan kediaman selepas berlaku pencemaran udara akibat kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung.

Setakat ini, Nur Syakila berkata, 25 keluarga sudah keluar dari kawasan kampung itu dengan sebahagiannya berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka, selain ada yang menumpang rumah saudara-mara.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih ada lima atau enam keluarga yang berdegil walaupun beberapa kali dipujuk untuk mengosongkan kediaman mereka.

"Situasi sekarang memerlukan kita berfikir sama ada nyawa atau mana lebih berharga, kerana kita sudah dimaklumkan bahawa udara di sini tidak elok untuk kesihatan dan berbahaya.

"Justeru, lebih baik kita mengikut nasihat ditetapkan agar nyawa tidak terancam.

"Kita tidak mahu tinggalkan rumah lama-lama tetapi buat masa ini, tolong jangan berdegil dan patuhilah nasihat serta arahan diberikan demi kebaikan kita semua," katanya kepada BH, hari ini.

Bagaimanapun, Nur Syakila berterima kasih kepada kebanyakan penduduk yang memberi kerjasama untuk mengosongkan kediaman.

Terdahulu, dua PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah dan SK Bakap Indah bagi menempatkan penduduk Ladang Byram serta Kampung Kebun Baru sehingga keadaan pulih.

Ia susulan tapak pelupusan sampah berkenaan dilaporkan terbakar membabitkan keluasan 6.5 hektar, kira-kira jam 4.40 petang Rabu lalu dan api masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya hingga hari ini.

Mesyuarat bencana daerah, semalam, memaklumkan Indeks Udara berada pada tahap kepekatan udara yang memberi kesan kepada kesihatan dan boleh mengancam nyawa penduduk.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 10:03 PM | Show all posts
suh pindah pasaipa? ke ada agenda lain...aq rase setakat bau busuk dorang dh azali dah tepu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074039 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list