CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1367|Reply: 5

Mereka buat seperti saya tiada iman – Naim Daniel

  [Copy link]
Post time 18-1-2022 09:28 PM | Show all posts |Read mode

NAIM DANIEL bengang dituduh sebagai sebahagian daripada ahli iluminati.

Mereka buat seperti saya tiada iman – Naim Daniel

PETALING JAYA – Gara-gara luka pada bahagian muka kerana bermain papan selaju, pelakon dan penyanyi Naim Daniel dituduh sebahagian daripada golongan Iluminati oleh sekumpulan penganut teori konspirasi dalam Instagram.

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia berasa amat terkilan apabila dikaitkan dengan pertubuhan tersebut.

“Saya rasa tuduhan itu sangat keterlaluan dengan memperlakukan saya seperti tidak mempunyai iman selain boleh menyebabkan fitnah terhadap nama saya.

“Selain itu, saya turut berasa terkejut kerana masih ada mentaliti sebegini dalam kalangan masyarakat. Macam mana mereka boleh memandai mengaitkan saya dengan iluminati walhal saya hanya cedera kerana jatuh papan selaju,” katanya.

Pelantun lagu Purnama itu turut memberi amaran jika tuduhan tidak berasas itu berlanjutan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Jangan kerana hidup berlandaskan konspirasi sahaja, boleh memetik nama ikut suka, saya malas nak layan isu kelakar sebegini namun jika berlanjutan saya akan ambil tindakan.

“Kau ingat aku jatuh tersembam muka boleh rancang ke nak luka dekat mana?,” ujarnya sinis.

Sementara itu, Naim turut berkata dia sekarang sedang fokus untuk sembuh sepenuhnya daripada kecederaan ringan yang dialami ketika melakukan aktiviti bermain papan selaju di salah sebuah tapak permainan tersebut di Shah Alam, Selangor. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... a-iman-naim-daniel/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 09:32 PM | Show all posts
nauzubillah min zalik... makhluk lembam iq 2 digit mana yang tergamak kata illuminati nakkan si tapai basi ni masuk jadi ahli theyolsss??? yihhhh!!!! apa yang heols ada???

dah 2022 pun masih ada yach percaya jual soul, illuminati, freemason semua tu...

hakak dulu obses juga dengan illuminati sampai semua benda di segi tigakan termasuk nasi lemak... hujung2 sekarang baru tersedar betapa bowdownya pergi percaya benda2 tu termasuk artikel2 pasal illuminati... kalau teringat balik terus rasa nak menyorok tepi bucu katil atau di balik langsir
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:40 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 18-1-2022 09:32 PM
nauzubillah min zalik... makhluk lembam iq 2 digit mana yang tergamak kata illuminati nakkan si tapa ...

Perenggan pertama ayat kak dude je dah buat daku tergelak

Anyway, get well soon Naim.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
yolaaa
nama ko naim bukan iman dek naimah oii

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekah aku baca 'pendedahan' iluminati tu tadi. Member tertonggeng jatuh skateboard ko kate iluminati
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi. Yg fitnah pun. X agak2 nak tuduh. Korang tak dengar ke tiap kali nak nyanyi dia baca Bismillah kuat2. Ada Iman la tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.069004 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list