CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 101|Reply: 1

[Sabah] Tipu Projek Jutaan Ringgit, Pengarah Syarikat Dipenjara 15 Tahun & 9 Sebatan

[Copy link]
Post time 18-1-2022 09:22 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (tiga dari kiri) diiringi polis selepas dituduh di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Seorang pengarah syarikat dihukum penjara 15 tahun dan sembilan sebatan selepas mengaku bersalah ke atas tujuh pertuduhan menipu membabitkan projek bernilai jutaan ringgit, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Shah Soep, 41, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Dia didakwa menipu enam kontraktor untuk menyerahkan wang berjumlah RM600,000 yang dikatakan sebagai bayaran untuk mendapatkan projek antara 25 Feb dan 4 Nov 2020 di beberapa hotel dan sebuah rumah, di sini.

Wang hasil penipuan itu diserahkan kepada tertuduh sama ada melalui cek atau secara pindahan bank.

Projek yang dikatakan ditawarkan tertuduh kepada kontraktor terbabit ialah kerja mengganti lampu jalan di seluruh Sabah dan kerja pembersihan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama hingga enam, Majistret Jessica Ombou Kakayun memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan yang dilaksanakan secara berturutan.

Bagi pertuduhan ketujuh yang di hadapkan di mahkamah berbeza, tertuduh dihukum penjara tiga tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Abdurrahman Abrar Jarni yang bertindak sebagai Majistret.

Tertuduh turut didenda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membuat bayaran.

Abdurrahman turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan pada 7 Jan lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menawarkan projek kepada mangsa dan meminta mereka membayar sejumlah wang bagi mendapatkan projek terbabit.

Bagaimanapun, selepas berbulan menunggu, mangsa akhirnya sedar yang mereka ditipu apabila gagal menghubungi tertuduh sebelum membuat laporan polis yang kemudiannya membawa kepada penahanan tertuduh.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman penjara terhadapnya dijalankan serentak dengan alasan memiliki anak kecil.

Pihak pendakwaan bagaimanapun membantah dan meminta supaya mahkamah menjatuhkan hukuman tegas sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa polis, Albert Basiri dan Kumar Vijayan, masing-masing di hadapan Jessica dan Abdurrahman. – FMT


sabahpost.net/2022/01/17
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:14 PM | Show all posts
piang 600k...dende 3k je...
penjara 15 tahun....kalo kelakuan baik..tolak 3 tahun...kalo guna kabel tolak lagi...keluar penjara duit byk lg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.087536 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list