CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Sabah] Lagi Kluster Baharu Babit Sekolah Di Sabah – Masidi

[Copy link]
Post time 18-1-2022 09:20 PM | Show all posts |Read mode


Kes indeks kluster Puri Ranau ialah seorang pelajar perempuan di SMK Ranau yang dikesan positif selepas menjalani ujian kendiri kerana bergejala.

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, satu lagi institut pendidikan mencetuskan kluster baharu Covid-19 di Sabah, kali ini membabitkan sebuah sekolah menengah di Ranau.

Kes indeks kluster Puri Ranau membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau yang dikesan positif selepas menjalani ujian kendiri kerana bergejala.

“Ujian pengesahan Covid-19 telah dijalankan dan kes didapati positif. Saringan terhadap rakan sekelas serta sebilik kes indeks dijalankan dengan enam orang lagi didapati positif.

“Kesemua pelajar perempuan terbabit berada dalam Kategori 1 dan 2 dan telah diasing serta diberi rawatan sesuai,” katanya ketika dihubungi.
Sabtu lalu, SMK Tambunan di Tambunan mencetuskan kluster baharu yang dinamakan kluster Jalan Kepayan Lama dengan lebih 30 pelajar disahkan positif Covid-19.

Sementara itu Masidi berkata, jumlah kes harian di Sabah kembali melepasi 200 kes dengan 201 kes baharu dicatatkan hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu katanya, 196 kes dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3 dan satu kes dalam Kategori 4. – FMT


sabahpost.net/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.647720 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list