CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan Negeri Akan Siasat Isu Kewarganegaraan Ketua MIC Sabah

[Copy link]
Post time 18-1-2022 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-1-2022 01:09 PM



Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata pihaknya akan menyiasat taraf kewarganegaraan Ketua MIC Sabah itu selepas sekumpulan aktivis mempersoalkan identiti Peer Mohamad Kadir, yang dikatakan memasuki negeri ini pada 1984, dari India.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Hajiji Noor berkata pihaknya akan menyiasat sama ada seorang ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan, Sawit Kinabalu, adalah individu sama yang pernah mendakwa mendapat kewarganegaraan secara meragukan pada 1984.

Katanya, walaupun dakwaan itu hanya diketahuinya menerusi platform media sosial, namun pihaknya tetap akan melakukan siasatan.

“Saya tiada maklumat lanjut tapi nama individu yang dikatakan sama dengan individu yang kita lantik sebagai ahli lembaga pengarah Sawit Kinabalu dan dia adalah Pengerusi MIC Sabah, ahli Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media.

Baru-baru ini, sekumpulan aktivis di Sabah mempersoalkan identiti Ketua MIC Sabah Peer Mohamad Kadir, yang mana namanya sama seperti individu dari India yang memasuki Sabah dari negara itu, pada 1984.

Kumpulan itu juga menuntut kerajaan membuat penjelasan kerana individu mempunyai nama sama terbabit pernah mengaku mendapatkan kewarganegaraan secara meragukan pada masa itu.

Individu dengan nama itu juga pernah membuat pengakuan mengenai perkara berkenaan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 2013.

Sementara itu, Presiden PBS Maximus Ongkili, turut menyeru pihak berkuasa melakukan pemeriksaan latar belakang terhadap Ketua MIC Sabah itu.

Katanya, ia amat penting terutama memandangkan parti itu sentiasa komited untuk membersihkan Sabah daripada pendatang tanpa izin (PTI).

“Kami percaya negeri dan negara secara keseluruhannya adalah milik rakyat Malaysia yang tulen.

“PBS turut khuatir terhadap dakwaan bahawa beliau (Peer) telah memasuki Sabah dari India pada 1984, dan memperoleh kad pengenalan enam tahun kemudian melalui cara yang meragukan,” katanya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBS, semalam.

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), berkata, Pemuda PBS juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu tidak lama lagi.

“Kami berharap siasatan akan membuka “Kotak Pandora” secara keseluruhan. Kami ingin tahu bagaimana beliau boleh mendapat kewarganegaraannya, serta maklumat-maklumat lain, agar tindakan sewajarnya boleh diambil terhadapnya,” katanya. – FMT


sabahpost.net/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064112 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list