CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Sarawak] Kit Siang kecewa prestasi DAP Sarawak teruk

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:55 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak digesa untuk memberikan tumpuan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka tahun ini.

Pemimpin veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang berkata, untuk melakukan persediaan tersebut DAP Sarawak perlu mengetahui punca prestasi kurang memuaskan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Disember tahun lalu.

“Saya kecewa dengan keputusan PRN-12, selain Padungan dan Pending, saya menjangkakan DAP boleh menang di kerusi Dun Kota Sentosa, Bukit Assek, Pelawan, Tanjong Batu dan Pujut.

“Justeru, DAP Sarawak perlu mengetahui sebab-sebab prestasi teruk dan kemunduran yang serius dalam PRN-12 dan apa yang penting adalah memberikan tumpuan kepada persediaan untuk menghadapi PRU-15 yang dijangkakan tahun ini,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Sarawak, di sini, pada Isnin.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga menambah, tidak dinafikan terdapat kekecewaan dan perasaan tidak senang dalam kalangan rakyat dengan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan dahulu.

“Rakyat meletakkan harapan dan jangkaan yang sangat tinggi dengan kejayaan PH yang belum pernah berlaku sebelum ini, susulan berjaya mengalahkan kerajaan Umno yang tidak dapat dikalahkan selama setengah lebih abad.

“Namun, ia tidak adil untuk menilai Kerajaan PH dalam tempoh 22 bulan bagi melaksanakan manifesto pilihan raya, setelah diberi mandat untuk memerintah selama lima tahun.

“Saya sendiri juga tidak berpuas hati dengan prestasi Kerajaan PH selama 22 bulan tersebut kerana saya percaya banyak lagi yang boleh dilakukan,” ujarnya.  Sehubungan itu, beliau menegaskan PH sepatutnya boleh melaksanakan janji mereka pada tempoh separuh penggal kedua jika tidak dapat melaksanakannya pada separuh penggal pertama.

Katanya lagi, ia bukan sahaja melibatkan DAP tetapi juga gabungan empat parti politik yang mengambil masa untuk meyakinkan kesemua mereka dalam menunaikan hasrat pilihan raya PH.  “Saya dapat memahami kekecewaan rakyat terhadap pemerintahan PH yang tidak begitu baik dalam tempoh 22 bulan sebelum dijatuhkan.

“Bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan mereka yang mencadangkan bahawa DAP harus berpisah dengan Kerajaan PH,” katanya.  Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua rakyat khususnya barisan pemimpin untuk terus berjuang dalam mencapai matlamat untuk menjadikan Sarawak yang lebih baik.


sarawakvoice.com/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.700989 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list