CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Sarawak] Bertoleransi ketika jalan raya sesak

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-1-2022 12:52 PM



KESESAKAN lalu lintas bukan perkara baru dalam kalangan pengguna jalan raya di Jalan Kuching-Samarahan. Perkara itu menjadi lebih serius apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka mulai 10 Januari lalu.

Pengguna media sosial khususnya melibatkan jalan Kuching ke Samarahan atau Samarahan ke Kuching banyak berkongsikan suasana sesak pada waktu pagi menerusi laman sosial Facebook dan sebagainya.

Perkara tersebut juga lebih parah apabila Sarawak beralih ke fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), sekali gus menyaksikan banyak operasi yang dibuka ketika ini.

Tidak dinafikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan, isu kesesakan jalan raya bukan masalah utama masyarakat di sekitar Kuching dan Samarahan.

Tambahan pula ketika itu, ramai orang yang diarahkan untuk bekerja dari rumah dan anak-anak pula tidak perlu hadir ke sekolah untuk menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka.

Keluar rumah awal pagi
Baru-baru ini tular di laman sosial — segelintir pihak mengatakan mereka terpaksa keluar dari rumah seawal jam 5.00 pagi untuk ke tempat kerja dan ketika itu juga, jalan dikatakan sudah mula sesak.

Bahkan ada yang menyewa di Kota Samarahan terpaksa berpindah ke kawasan Tabuan Jaya untuk memastikan mereka cepat sampai ke tempat kerja, khsususnya bagi yang bekerja di Kuching.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, masalah kesesakan jalan raya melibatkan kawasan Kota Samarahan-Kuching bukan perkara baru dan ia juga sudah lama berlaku.

Apakah punca berlaku ketika ini? Bolehkah masyarakat bersabar dengan keadaan sedemikian?

Jika dilihat, ketika ini banyak kawasan pembinaan khsususnya yang melibatkan kawasan Kota Samarahan sedang dijalankan dan ia juga merupakan antara faktor kesesakan jalan raya berlaku.


Foto kredit Kamek Sayang Samarahan

Sehubungan itu, Adun Stakan Datuk Hamzah Brahim juga memaklumkan bahawa, pihaknya mengakui perkara tersebut. Beliau juga berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan mendesak supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mencari jalan penyelesaian, sekali gus menyelesaikan masalah tersebut dalam kadar segera.

Bagaimanapun, beliau juga berharap agar masyarakat memahami bahawa apabila terdapat pembangunan khususnya melibatkan jalan baharu, aspek kesesakan jalan raya sememangnya tidak dapat dielakkan dan ia juga adalah proses.

Sebagai pengguna di jalan raya yang sesak, sifat sabar yang tinggi perlu ditanam dalam diri masing-masing kerana pelbagai perkara boleh timbul susulan keadaan tersebut.

Dalam keadaan yang sesak, mungkin risiko kemalangan juga boleh berlaku. Jika tiada sikap toleransi dan bertolak ansur, ia akan menimbulkan pelbagai masalah.

Ketika ini, kira-kira 300,000 populasi penduduk yang ada di Kota Samarahan dan ia juga merupakan anggaran jumlah melibatkan pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Populasi penduduk bertambah
Berkemungkinan populasi penduduk juga akan bertambah dari tahun ke tahun dan sekiranya isu kesesakan jalan raya ini tidak diselesaikan dengan kadar segera, ia akan menambahkan masalah pada masa akan datang.

Disebabkan itu juga, Kerajaan Sarawak komited dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas tersebut sebelum ini termasuk menaik taraf lima bulatan di sepanjang lebuh raya Kuching-Samarahan.


Foto FB Hasbi Hasbullah

Semua pihak ketika ini juga mengharapkan agar projek tersebut dapat disiapkan dengan segera agar perjalanan untuk pergi dan balik kerja melibatkan KuchingSamarahan menjadi lebih lancar.

Pada masa yang sama, semua pihak juga khususnya pengguna perlu bersabar dan menempuhi perjalanan dalam kesesakan dengan baik dan berhati-hati. Kita juga tidak dapat membayangkan keadaan aliran trafik sekiranya semua anakanak akan masuk ke sekolah dan beroperasi seperti biasa kelak.

Oleh itu, kita memerlukan penyelesaian untuk jangka pendek dan panjang. Sudah pasti jangka panjang itu adalah projek jalan raya.

Manakala, bagi penyelesaian jangka pendek atau sementara waktu perlu mempunyai seorang pengawal jalan raya atau polis trafik pada waktu kemuncak. Perkara ini akan memberikan impak dan setidaknya boleh memastikan semua orang bergerak dengan lancar.


sarawakvoice.com/2022/01/18

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.053556 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list