CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 93|Reply: 0

[Borneo] Bahaya ancaman Espionaj dan campur tangan asing

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:48 PM | Show all posts |Read mode

Baru-baru ini United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Denmark dan beberapa negara Barat lain telah melaporkan pelbagai aktiviti penyuluhan dan campur tangan asing yang didakwa telah mengancam keselamatan dan kedaulatan negara tersebut.

Agensi perisikan MI5 United Kingdom telah merungkai usaha campur tangan China untuk mempengaruhi ahli politik negara tersebut dalam satu laporan dan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi tersebut pada 13 Jan. 2021.

Danish Security and Intelligence Service Denmark juga beru-baru ini telah melaporkan pelbagai aktiviti penyuluhan oleh negara asing seperti Russia dan China yang menggunakan modus operandi yang sama di negara tersebut untuk mempengarusi dasar dan pendirian kerajaan.

Secara amnya, aktiviti penyuluhan yang diibaratkan sebagai “silent killer” ini adalah jauh lebih sukar untuk ditangani berbanding ancaman pengganas dan ekstrimist seperti Daesh kerana ianya bersifat ‘halus’, tersembunyi dan berselindung dan dilaksanakan secara terancang, teliti dan berlaku dalam satu tempoh masa yang panjang, menyebabkan ianya sukar dikesan dan dipantau oleh pihak berkuasa.

Kesan langsung dan tidak langsung campur tangan asing yang bertujuan untuk mempengaruhi dan memanipulasi persepsi, ideology, dasar dan pendirian kerajaan juga memberi kesan yang besar terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

Australia melalui National Security Legislation Amendment (Espionage and Foreign Interference) Act 2018 dan Singapura pula dengan Foreign Interference (Countermeasures) Act (FICA) 2021 merupakan negara jiran yang telah mewartakan akta baru yang khusus untuk menangani ancaman yang dilihat semakin berleluasa ini.

Dengan pemansuhan Internal Security Act (ISA), pihak berkuasa Malaysia dilihat telah hilang taringnya untuk mengawal dan menangani ancaman penyuluhan, campurtangan dan espionaj oleh negara asing.

Malah, negara kita yang sememangnya dikenali dengan jolokan ‘safe heaven’ untuk pelbagai aktiviti jenyah rentas sempadan juga dilihat sasaran mudah untuk ‘dipengaruhi’ oleh negara asing untuk kepentingan strategik mereka.

Adalah wajar Malaysia untuk mengambil langkah preventif yang lebih tegas antaranya mewujudkan akta anti-penyuluhan sepertimana yang dilakukan oleh Australia dan Singapura agar tidak dijadikan boneka dalam permainan geopolitik negara-negara asing kelak.


sarawakvoice.com/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.182124 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list