CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 61|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar autistik jual 100 lanyard pelitup muka buatan tangan

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:40 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sebanyak 100 lanyard pelitup muka hasil buatan tangan pelajar Persatuan Autistik Kuching (KAA) dijual dalam satu projek khas bersama Inisiatif Sarawak (TSI).

Dalam satu kenyataan media TSI hari ini berkata, projek tersebut bertujuan untuk membantu pembiayaan aktiviti semasa dan program akan datang yang dianjurkan oleh TSI sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

“Lanyard yang dijual pada harga RM18 setiap satu itu dicipta dengan pelbagai reka bentuk kreatif oleh para pelajar berkenaan.

“Usaha ini membuktikan bahawa mereka mempunyai kebolehan sekali gus membantu dalam mengalakkan pertumbuhan peribadi mereka,” kata kenyataan tersebut.

Selain itu, TSI membuat keputusan untuk membantu pelajar dalam projek terbabit untuk membuktikan bahawa mereka turut boleh diberi peluang dalam memainkan peranan penting dalam masyarakat walaupun mempunyai autisme.

Dalam program penyerahan hari ini, Ahli Jawatankuasa TSI Connie Yeo dan Sharon Tiong telah menyerahkan lanyard tersebut kepada Presiden KAA Dr Catherine Chen.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk terbabit boleh menghubungi 019-8767928.


Suaraswk
January 18, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.083865 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list