CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak perlu 20 lagi balai Bomba dan Penyelamat

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:32 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sebanyak 20 Balai Bomba dan Penyelamat baharu perlu dibina di Sarawak bagi menampung keperluan sebarang bentuk situasi kecemasan khususnya di kawasan luar bandar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Datu Khirudin Drahman (gambar) berkata, langkah itu penting bagi mencapai jumlah ideal untuk balai bomba di Sarawak sebagai tambahan kepada 36 balai sedia ada.

Dengan ada sekurang-kurangnya 56 balai itu, katanya, ia dapat memastikan pasukan JBPM melaksanakan tugas dengan lebih efisyen.

“Itu adalah jumlah ideal balai bomba berdasarkan keluasan Sarawak.

“(Dan) Insya-Allah tahun ini tiga balai yang baru siap dibina iaitu di Kidurong, Asajaya dan Lutong akan diserahkan pada hujung bulan ini atau awal Februari depan, menjadikan jumlah keseluruhan balai kini 38 buah memandangkan balai sedia ada di Asajaya adalah balai sementara," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Penghargaan Hero Bomba di Ibu Pejabat JBPM Sarawak di sini, hari ini.


Bagi menampung keperluan sementara berikutan ketiadaan balai di kawasan tertentu katanya, JBPM Sarawak akan menggunakan khidmat Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Pasukan Bomba Komuniti.

“Selain itu, kita juga akan melatih masyarakat pedalaman mengenai asas penyelamatan dan pencegahan kebakaran bagi mengurangkan kejadian kebakaran berlaku,” ujarnya.
Bagaimanapun, Khirudin berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi membina balai tambahan itu.

“Antaranya, termasuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan Sarawak. Kaedah sebegini, dilaksanakan dalam pembinaan sekolah dan hospital apabila kerajaan negeri Sarawak mendahulukan peruntukkan pembinaannya.

“Tidak mustahil kaedah sama dapat kita laksanakan untuk pembinaan balai bomba kerana perlindungan kebakaran itu adalah dasar kerajaan kita dan ia termasuk dalam akta," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, JBPM Sarawak merancang untuk menubuhkan dua Pasukan Penyelamat dan Keselamatan Air (SWART) pada masa akan datang.

Menurutnya, projek perintis untuk keselamatan air itu akan dilancarkan di Telaga Air dan Bako.

“Kita akan melatih nelayan di kampung tersebut dan melantik mereka menjadi sebahagian daripada pasukan SWART di mana mereka akan diberi elaun untuk menjalankan tugas ini.

“Bagaimanapun, projek ini masih dalam fasa perbincangan dan kita berharap syarikat lain akan bekerjasama dengan kita dalam projek ini,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.070881 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list