CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

[Sarawak] Curiga polis membawa penangkapan suspek edar dadah

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:30 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Seorang lelaki diberkas polis di belakang sebuah kedai di Jalan Batu Kitang, hari ini kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berumur 35 tahun itu ditahan anggota Unit Ronda Bermotosikal, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan sekitar jam 10.30 pagi.

Suspek dilihat mencurigakan ketika memandu sebuah kereta di kawasan belakang kedai.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, anggota polis terbabit menemui satu beg sandang yang tergantung di belakang kerusi penumpang dan didalamnya terdapat satu bungkusan plastik.

"Pemeriksaan kemudian dijalankan ke atas bungkusan tersebut dan didapati terdapat tiga lagi plastik sederhana besar yang didalamnya masing-masing mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 135.43 gram," katanya menerusi satu kenyataan.


Suspek semasa pemeriksaan dilakukan ke atasnya.

Susulan itu, suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

"Turut dirampas dalam operasi tersebut ialah sebuah kereta dan wang tunai RM500," katanya.

Selain itu, semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.263228 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list