CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 70|Reply: 0

[Sarawak] Bomba Sarawak terima 14,054 panggilan kecemasan tahun lepas

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:29 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak merekodkan sebanyak 14,054 panggilan kecemasan sepanjang 2021 berbanding 9,386 panggilan kecemasan pada 2020.

Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Khirudin Drahman berkata, jumlah itu meliputi 1,975 panggilan kebakaran; 8,331 panggilan penyelamatan dan 3,740 panggilan tugas-tugas khas.

Manakala katanya, tujuh adalah melibatkan kes panggilan palsu.

"Sepanjang tahun lalu, sebanyak 308 kes kebakaran rumah direkodkan dan ia meningkat berbanding 287 kes pada tahun 2020. Jumlah kematian akibat kebakaran pula menurun dengan hanya dua direkodkan berbanding 13 kes pada tahun 2020," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Sijil Penghargaan Hero Bomba di Ibu Pejabat JBPM Sarawak di sini, hari ini.

Mengenai nilai kerugian harta benda akibat kebakaran katanya, ia turut meningkat tahun 2021 iaitu sebanyak RM59.7 juta berbanding RM49.3 juta pada tahun 2020.

Nilai harta benda yang berjaya diselamatkan juga katanya, menurun iaitu sebanyak RM289 juta pada tahun 2021 berbanding RM652.6 juta pada tahun sebelumnya.

"Jumlah kebakaran membabitkan rumah panjang pula meningkat dua kes iaitu sebanyak 18 berbanding 16 kes pada 2020," katanya.


Khirudin merakamkan gambar kenangan bersama penerima Sijil Penghargaan Hero Bomba.

Pada majlis itu, Khirudin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada tujuh penduduk Rumah Panjang Dennis Nyalambai di Saratok yang berjaya memadamkan api daripada memusnahkan rumah panjang mereka dalam kejadian pada 12 Januari lalu.

Mereka ialah Anthony Gasah Ipun, Asson Juan, Anyai Jingan, Spencer Nanang Anji, Evanda Dana Manan, Evanhoe Melaka Manan dan Sylvester Undi Asson.

Sementara itu, Lowe Lian Khian, 60 turut menerima sijil penghargaan Hero Bomba berikutan tindakan beraninya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dalam kebakaran di Kampung Cina, Siburan pada 8 Januari.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.073910 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list