CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Sabah] Sabah Sambut Baik Nusantara Sebagai Nama Ibu Negara Baharu Indonesia

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:27 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah menyambut baik pengumuman Indonesia yang menamakan Ibu Negara Baharu di Kalimantan Timur sebagai Nusantara.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur itu memberikan impak besar kepada negeri ini khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

“Sebagai mana yang kita semua sedia maklum bahawa ibu negara Indonesia akan dipindahkan ke Kalimantan dan nama baharu yang dimaklumkan adalah Nusantara.

“Ia adalah satu nama yang begitu hebat, baik yang saya rasa sudah difikirkan oleh kerajaan Indonesia namun apa yang suka saya nyatakan ialah, perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan sudah tentu banyak memberi kesan kepada Sabah dan juga Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir menyaksikan majlis menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Kerajaan Negeri, Yayasan Sabah dan para pelabur sempena Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Sabah (SIBES) 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Hajiji berkata, ia merangkumi limpahan peluang ekonomi dan perdagangan diantara Sabah dan Kalimantan.

Katanya, ketika ini juga Sabah telah menjalin kerjasama yang baik dengan Indonesia terutama sekali di wilayah Kalimantan Utara.

“Jadi dengan perpindahan ini, sudah tentu banyak perkara yang kita dapat jalin kerjasama sama ada melalui peluang ekonomi atau kerajasama lain.

“Kerjasama dalam sektor ekonomi dan pelancongan juga sudah sedia ada dijalankan diantara kedua wilayah ini,”katanya.

Semalam, kerajaan Indonesia mengumumkan ibu negara baharu di Kalimantan Timur akan dinamakan sebagai Nusantara.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa.

Katanya, nama tersebut dipilih dan disahkan oleh Presiden Joko Widodo atau Jokowi.


sabahmedia.com/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.052424 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list