CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 18/01/2022

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-1-2022 11:30 AM



COVID-19 : Satu Lagi Kluster Berkaitan Institusi Pendidikan Dikesan Di Ranau
KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu lagi kluster berkaitan institusi pendidikan yang dilaporkan di daerah Ranau membabitkan seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks berusia 19 tahun itu dikesan positif selepas menjalani ujian kendiri seterusnya mencetuskan Kluster Puri Ranau.

“Kes indeks kluster ini merupakan seorang pelajar perempuan SMK Ranau berusia 19 tahun yang dikesan positif setelah menjalani ujian kendiri kerana bergejala.

“Ujian pengesahan COVID-19 telah dijalankan di mana kes didapati positif dan saringan terhadap rakan sekelas serta sebilik kes telah dijalankan dan enam orang lagi didapati positif,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Katanya, kesemua pelajar perempuan tersebut berada dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan telah diasing serta diberi rawatan yang sesuai.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini kembali melepasi angka 200 dengan merekodkan sebanyak 201 kes baharu iaitu pertambahan sebanyak 38 kes berbanding semalam.

Katanya, terdapat sembilan daerah mencatatkan kes dua angka dengan Kota Kinabalu (42 kes) dan Tuaran (37 kes) melepasi paras 20 kes.

“Sepuluh daerah merekodkan kes satu angka dan lapan daerah lagi tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Empat daerah mencatatkan peningkatan dua angka iaitu Tuaran +31 kes, Tawau +12 kes, Tambunan +12 kes dan Sandakan +11 kes sementara daerah-daerah yang mencatatkan penurunan dua angka pula ialah Penampang -16 kes, Putatan -13 kes dan Ranau -10 kes,” katanya.

Katanya, tiga daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam.

“Sebanyak 196 daripada 201 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3 dan satu kes lagi dalam Kategori 4.

“Tidak ada pesakit dalam Kategori 5,” katanya.


sabahmedia.com/2022/01/18

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.214540 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list