CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 7

[Tempatan] Macau Scam guna tuduhan claim insurans. Suri rumah lesap simpanan Tabung Haji RM87,000

  [Copy link]
Post time 18-1-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Simpanan Tabung Haji suri rumah lesap ditipu Macau Scam
Bernama
Diterbitkan:  Jan 18, 2022 4:25 PM

Dikemaskini: 4:25 PM

Seorang suri rumah di sebuah perkampungan nelayan di Igan, Bahagian Mukah dekat sini membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Sibu semalam, selepas mengalami kerugian lebih RM87,000 yang termasuk wang simpanannya dalam Tabung Haji, apabila menjadi mangsa terbaru Macau Scam baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supt Dr Collin Babat dalam kenyataan hari ini berkata ia bermula apabila suri rumah berumur 50-an itu menerima panggilan daripada seorang wanita bernama ‘Mastura’ yang kononnya mendakwa nama suri rumah itu digunakan untuk membuat tuntutan insurans RM76,000.

Beliau berkata suri rumah itu percaya kononnya bagi menangguhkan “waran tangkap” dan mengelak akaun dibekukan, dia diminta membuka akaun baharu di samping turut diminta menyerahkan maklumat mengenai akaun berkenaan serta akaun Tabung Hajinya.

Katanya wanita itu kemudiannya diarahkan membuat lima transaksi tunai ke akaun berkenaan dari tempoh 13 Dis hingga 4 Jan lepas melibatkan jumlah keseluruhannya RM61,000.

Menurutnya wanita itu sedar ditipu hanya selepas membuat semakan baki di akaun bank berkenaan dan mendapati RM61,000 telah lesap, manakala wang RM26,138 dalam akaun Tabung Haji juga telah tiada.

Collin berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dan beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terjebak dengan tipu helah apabila dihubungi orang tidak dikenali, yang mengaku kononnya pegawai polis, peguam, wakil insurans dan sebagainya.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 06:23 PM | Show all posts
Siannya...pls lar pihak bank ..Mohon dpt bekerjasama dgn polis dgn lebih efisien
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahai...nak marah pun susah. Kesian ko dek
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabong Aji pon boley lesap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aii.. aku pun ada Tabung Haji.  Ngeri..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan la semudah itu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah scammer call ckp ada buat tuntutan insuran kemalangan kereta.. nmpk sgt menipunya.. masa bila pulak xcdnt .. padan muka x pasal2 kena maki ngn iolss..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup pi bagi duit tabung hj...desperate sungguh..licin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.060251 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list