CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki didenda RM500 kerana hadir sesi sabung ayam

[Copy link]
Post time 18-1-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Hadir di sesi sabung ayam haram, seorang lelaki warga asing didenda RM500 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret.
   
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi setelah Nurul Iman Ahmad dari Indonesia mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Ke Atas Binatang 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 5 (1) akta sama.     
   
Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
   
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah hadir di satu sesi sabung ayam jantan yang dianjurkan secara haram iaitu tanpa mempunyai permit atau lesen sah.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 petang, 11 Januari lalu di sebuah kawasan tanah lapang Ladang Woodman, Sungai Adong di sini.
   
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.



utusanborneo.com.my/2022/01/18

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.051067 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list