CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 90|Reply: 0

[Sabah] Tumbuk abang ipar gara-gara catatan Facebook, lelaki didenda

[Copy link]
Post time 18-1-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk abang iparnya di bahagian badan, gara-gara tidak berpuas hati apabila ditanya mengenai catatan di Facebook.


Majistret Zaiton Anuar juga memerintahkan tertuduh, Lau Hui Lok, 53, yang tidak diwakili peguam itu untuk dipenjara sepuluh hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, lelaki bekerja sendiri itu didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa lelaki berusia 60 tahun dengan menumbuknya di bahagian badan menggunakan tangan dalam satu kejadian pada 13 April 2018, jam lebih kurang 5.45 petang di sebuah rumah di Jalan Green.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh tidak berpuas hati dengan mangsa yang cuba meminta penjelasan berhubung catatan di Facebook milik isteri tertuduh, membabitkan masalah keluarga mereka.

Hasil siasatan juga mendapati tertuduh menumbuk mangsa menggunakan tangannya sehingga mangsa mengalami bengkak di mata sebelah kiri dan cedera di kedua-dua lutut akibat terjatuh.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapan tertuduh.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga satu tahun, atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-6-2022 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.079250 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list