CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Sabah] Cubaan tujuh PTI masuk secara haram gagal, tekong ditahan

[Copy link]
Post time 18-1-2022 04:05 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAPAN: Tekong dan semua PTI yang ditahan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya.

TAWAU: Tujuh pendatang tanpa izin (PTI) bersama seorang tekong berjaya ditahan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Jalan Sabindo, di sini semalam.

Kesemua suspek ditahan menerusi pemantauan dan risikan Op Cegah PTI Selatan yang dilakukan oleh pasukan ESSCOM di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas kira-kira jam 10.53 malam.  

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata pasukannya mengesan kehadiran warga asing di kampung berkenaan dan disambut dengan sebuah kenderaan.

Katanya, pasukan ESSCOM bertindak mengekori kenderaan terbabit sehingga ke kawasan parkir di Jalan Sabindo sebelum menahan dan membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak berumur 2 hingga 58 tahun di dalam kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut, pemandu kenderaan adalah warga tempatan, manakala semua penumpangnya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal yang diperolehi, semua warga asing berkenaan mengaku baru tiba dari negara jiran menggunakan bot yang diatur oleh tekong.

“Mereka kemudiannya diambil menggunakan kenderaan yang dipercayai tekong darat di kampung berkenaan sehingga ke destinasi seterusnya.

“Semua suspek terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Hamzah berkata siasatan lanjut akan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 26 J ATIPSOM 2007 (Akta 670).

“Semua masyarakat diingatkan supaya tidak bersubahat dengan tekong yang cuba mengambil kesempatan untuk menyeludup samada barang terlarang ataupun PTI ke negara ini.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati ada pihak atau individu yang bertindak melindungi PTI atau bersubahan melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang,”katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.255868 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list