CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 59|Reply: 0

[Sabah] Kereta terbakar ketika ditunda

[Copy link]
Post time 18-1-2022 04:01 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba berjaya memadam kebakaran kereta tersebut.

KUNAK: Seorang pemandu kereta tunda mengalami detik cemas selepas kenderaan yang diangkutnya tiba-tiba terbakar di Jalan Tingkayu, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak Mohammad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.20 petang.

“Susulan itu, seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam.

“Sebaik tiba, sebuah kenderaan sudah terbakar keseluruhannya dan operasi terus dilakukan supaya api tidak merebak,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini hari ini.

Katanya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan keadaan lokasi kejadian selamat dan api terpadam sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.06 petang.

“Semasa kejadian tiada mangsa di dalam kenderaan tersebut dan pemandu kereta tunda berkenaan juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan akan dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan anggaran kerugian yang dialami oleh pemilik kenderaan berkenaan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.173915 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list