CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 42|Reply: 0

[Sarawak] Suri rumah di Sibu rugi RM87,240 terpedaya Macau Scam

[Copy link]
Post time 18-1-2022 03:59 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang suri rumah di sini mengalami kerugian sebanyak RM87,240 selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, SUPT Dr Collin Babat berkata, mangsa berusia 50-an mula menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai 'Mastura' mengatakan nama pengadu diguna pakai untuk membuat tuntutan insurans berjumlah RM76,800.

"Suspek juga meminta pengadu untuk membuat aduan di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan bercakap dengan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan dari Jabatan Siasatan Jenayah dan kemudian meminta pengadu berurusan dengan Mastura bagi mengelakkan waran tangkap dikeluarkan dan akaun bank dibekukan," katanya dalam satu  kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.

Menurut Collin, pengadu diminta untuk membuat pengakuan audio bagi memberikan bekerjasama dan menangguhkan waran tangkap serta mengelakkan pembekuan akaun pengadu.

Katanya, pengadu juga diminta untuk membuka akaun Bank Islam yang bertujuan untuk proses ikat jamin sekiranya pendakwaan di jalankan ke atas pengadu.

"Seperti diarahkan, pengadu telah membuka akaun berkenaan di cawangan Sibu dan diminta untuk menyerahkan maklumat akaun Bank Islam dan akaun bank Tabung Haji dan membuat beberapa transaksi ke akaun Bank Islam milik pengadu tersebut," katanya.

Menurut Collin, pengadu telah melakukan lima transaksi kemasukan wang ke akaun Bank Islam pada 13 Disember sehingga 6 Januari lalu," jelasnya.

"Pengadu mula rasa pelik dan tertipu apabila menerima panggilan daripada seorang lagi wanita yang memperkenalkan diri sebagai 'Aisyah Abdullah' menyatakan dia telah menggantikan Mastura yang sudah ditukarkan ke tempat lain," jelasnya.

Justeru, katanya pengadu nekad untuk membuat semakan baki akaun banknya dan terkejut apabila mendapati wang berjumlah RM61,000 yang disimpan di Bank Islam dan RM26,138 di Tabung Haji miliknya hilang.

Menyesal dan rasa tertipu, pengadu telah membuat laporan polis pada 17 Januari untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," tambah Collin.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.080527 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list