CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Sabah] Peneroka disaran usahakan tanaman lain jana pendapatan seharian

[Copy link]
Post time 18-1-2022 11:55 AM | Show all posts |Read mode


RASMI: Bung ketika menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbol perasmian dewan tersebut.

TAWAU: Golongan peneroka disaran agar tidak terlalu bergantung dan fokus terhadap sesebuah jenis tanaman sahaja sebagai persediaan sekiranya berdepan dengan kejatuhan harga tanaman yang diusahakan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata peneroka perlu mempelbagaikan jenis tanaman kerana bila jatuh harga tanaman tertentu, mereka tidak hadapi masalah.

“Kita sedia maklum, harga buah kelapa sawit mengikut pasaran dan ada ketika harganya jatuh mendadak yang akan memberi kesan kepada peneroka.

“Justeru, dengan adanya tanaman lain, peneroka dapat mengimbangi pendapatan seharian mereka,” katanya ketika merasmikan Dewan Masyarakat Kampung Rancangan Apas Proper Batu 22 Balung, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, penduduk yang mempunyai tanah perlu bijak menghasilkan pendapatan dengan mempelbagaikan produk pertanian mereka.

“Banyak tanaman lain yang boleh diusahakan seperti Durian Musang King, Nanas, Avocado dan banyak lagi dimana ianya mempunyai permintaan dalam pasaran serta mampu menjana ekonomi peneroka.

“Selain itu, peneroka juga diingatkan tidak terlalu bergantung kepada pekerja warga asing, sebaliknya pupuk sikap disiplin untuk mengusahakannya sendiri tanaman mereka,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Bung yang juga Ketua UMNO Sabah turut menerima borang kemasukan ahli baharu daripada beberapa kumpulan dan individu setempat di kawasan tersebut.

Katanya, UMNO Sabah sentiasa mengalu-alukan kemasukan ahli baharu kerana parti ini semakin mendapat tempat di hati rakyat.

“Rakyat sudah lihat dan sedar komitmen UMNO terutamanya dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat sejak dari dulu sehingga sekarang.

“Pengundi sudah tentu bijak menilai apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN)/UMNO ketika menerajui negara kerana selain kestabilan politik, keadaan ekonomi negara juga terurus,” katanya.

Bung berkata, penerimaan rakyat terhadap perjuangan BN/UMNO semakin pulih apabila memenangi beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Bagi mereka yang ingin kembali ke pengkuan BN/UMNO, kita mengamalkan sikap pintu terbuka asalkan ikhlas dalam perjuangan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.068149 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list