CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3646|Reply: 64

[Tempatan] ‘RFID: Siapa yang untung: Rakyat atau seseorang?’

  [Copy link]
Post time 18-1-2022 11:54 AM | Show all posts |Read mode
‘RFID: Siapa yang untung: Rakyat atau seseorang?’

https://utusan.news/terkini/2022 ... g/?utm_source=dable

Oleh Media Mulia
17 Januari 2022, 5:55 pm



Oleh Media Mulia
17 Januari 2022, 5:55 pm


PETALING JAYA: “Kan dah elok-elok dah sebelum ini (penggunaan Smart Tag), rasanya lebih ekonomi (beli sejak 10 tahun lepas) dan jarang tak lepas lane”.

Demikian keluhan Mohd. Azrie Mat Nor yang dipetik melalui akaun Facebooknya (https://www.facebook.com/mohdazrie619) mengenai pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol-tol ketika ini.

Beliau mengakui sudah membeli tiga pelekat RFID dan sentiasa berdepan dengan masalah.
“Kali pertama beli tampal di lampu dan dah cuba lalu di RFID, adakalanya okey dan adakalanya sangkut. Bila nak ubah kedudukan pelakat RFID ni dah tak boleh. Tanggal terus terkoyak, macam roadtax.

“Beli lagi kali kedua. Kali ni pasang dekat cermin, pun sama, menyebabkan saya kena undur banyak kali dan menyebabkan kesesakan.

“Satu hari tu saya pergi basuh kereta dan mungkin pelekat RFID tu terkopek sikit masa basuh kereta. Akibat dari tu dah tak berapa nak detect (kesan) dah. Beli lagi yang baharu. Manja betul pelekat ni. Beli kali ketiga ni tak pasang lagi, tak tau dah nak pasang kat mana,” katanya.

Menurutnya, jika dibandingkan dengan Smart Tag, rasanya lebih ekonomi.

“Kan elok-elok dah sebelum ni, teknologi Smart Tag (lebih 15 tahun dah digunakan) terbukti baik dan dah matang teknologi ni. Tiba tiba diganti dengan RFID yang baharu lagi teknologinya dalam 3-4 tahun (belum matang) dan terus nak ubah benda yang dah matang (Smart Tag).

“In term of business (dari segi bisnes) ya RFID ni bagus sebab menguntungkan pembuat RFID. Sebab pengguna kena beli banyak (satu kereta satu RFID) dan stiker (pelekat) mudah rosak (repeat sell akan berlaku untuk gantian), boleh buat duit.

“Akan ada tender atau job buat stiker dan sensor RFID dan kerja pemasangan dan penyelengaraan RFID ni kat seluruh tol seluruh Malaysia,” dakwanya.

Beliau melontarkan soalan: “Tapi adakah ia bagus untuk rakyat?”

Menurut Mohd. Azrie, dia bukannya menolak perubahan teknologi.

“Tapi sebelum kita berubah secara total sepatutnya perlu pastikan teknologi baharu itu matang dan ditukar secara berperingkat. Dari segi penjimatan, RFID hanya boleh guna satu kereta dan Smart Tag boleh digunakan banyak kereta.

“Touch n go ni semua rakyat ada. Kita dah bangunkan sistem Touch n go dalam kad pengenalan rakyat. Jadinya sistem itu memang semua ada. Kenapa nak ada RFID hanya untuk bayar tol?

“Sepatutnya teknologi apa pun yang diperkenalkan mestilah memberi keuntungan pada rakyat dan lebih baik dari teknologi sebelumnya. Itu baru betul. Soalnya, siapa yang untung bila pertukaran RFID ini? Rakyat ke atau seseorang? Apa keperluan mengantikan Smart Tag ke RFID? Kenapa perlu tergesa-gesa menukar RFID?” Soalnya.

Mohd. Azrie berkata, tak salah nak tukar RFID yangg lebih bagus tapi kalau masih relevan Smart Tag, kenapa perlu mansuhkan?

“Kan bagus kalau ada pilihan. Saya tanya sahaja. Post (hantaran) ini bukan mengkritik, sekadar menyuarakan apa yangg terbuku di hati sebagai seorang rakyat,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 11:59 AM | Show all posts
dlm sistem kapitalis... rakyat usahkan untung tapi mangsa sebenarnya.titik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami pemerintah yg mesra rakyat..kami mendengar keluhan anda semua......setiap pandangan anda adalah ilmu baru bagi kami utk jadi yg lebih baik......











Pi mampos la lu rakyat.....


Kahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn tampal kat lampu. Tampal kat cermin. Pastu elakkan kena air 24 jam - 48 jam. Ok la punya. Pesan kat orang yg cuci kereta hati2 kat bahagia sticker RFID tu. RFID ni lagi ok dpd smartag sbb xyah nak reload bateri device tu. Balance boleh topup kat apps dia kat phone
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyway, iols pun setuju. Patut bagi masa lebih sikit utk transition period tu. Bagi la 2 tahun ke utk org tukar ke RFID sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols lebih tertarik dgn news "Saya juga ada hati, perasaan"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2022 03:37 PM | Show all posts
yang letak lorong smart tag sekali dengan rfid tu pn sengal jua
tol sri kembangan
sakit pula hati bila kereta depan sangkut
nk reverse, kereta belakang dah beratur panjang
punyalah banyak lorong tounch and go
kau x reti2 nak tambah rfid buat another lane ka dekat hujung belah kana pula?
tidak lah kereta bersimpang2 siur
ini kiri kanan rfid tu touch and go
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 03:38 PM | Show all posts
Dah satu hal puplo gi basuh kereta kene bagitau tukang cuci.. lama2 area tu berkerak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 04:33 PM | Show all posts
so, sapa sebenarnya yang dapat tender RFID kat mesia ni ye? Harap2 la ES bongkarkan. Ofcoz la kroni, tapi nak tahu sapa. Agittew. Takdanya dia bukak tender kat marhaen. Kalau tak, takdanya orang berebut nak jadi vvip, walaupun result spm sajork, tu pun result spm dia sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Azrie oi, RFID yg gomen buat ni hanyalah transition ke arah Malaysia bebas palang tol. Nanti bila semua dah pakai RFID, plaza2 tol akan diroboh, ganti dgn gantry je...so dah x perlu slow down keta lagi dah. Ini semua mesyuarat berpuluh kali antara stakeholders mcm LLM, Plus, BNM, MCMC etc... Lainlah kalau ko rasa profesional, engineer Malaysia yg buat blueprint sistem tol ni semua cap ayam...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 18-1-2022 03:00 PM
Iols lebih tertarik dgn news "Saya juga ada hati, perasaan"

Sama la iols.ponn...apakah ceritanya ya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 05:11 PM | Show all posts
Ahkak ni antara pengguna pilot test RFID masa awal2 keluar.  Dulu ada alat yang kesan tempat paling sesuai nak lekat sticker dan sticker tu dilekat kat belah dalam cermin depan dan yang install pun staff supplier RFID tu. Memang sangat ok boleh detect. Tapi kadang2 sangkut jugak kat lane. Tapi sejak pakai kereta baru ni malas dah nak lekat sebab dengar sticker keluaran baru asyik sangkut kat lane je.

Masalahnya.... cuba lah diaorang ni buat iklan kat socmed tunjuk kat mana nak beli, kat mana nak lekat, apa perlu buat kalau sangkut kat lane, ajar macamana nak reload kat E-Wallet.  Semua STEP BY STEP.  Benda ni important kot sbb dah penduduk malaysia kena hadap benda ni suka atau tidak.  Dah la harga mahal. Kalau rosak dah kena beli baru. Memang geram sangat..

Fikir nak untung je.... Motto diaorang ni kan... ALAH SEKEJAP JE DIAORANG BISING NI, LAMA2 SEMUA PAKAI RFID SENYAP LAH DIAORANG

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
belakang rfid tu mesti mcm biasa tauke cina yg dibela oleh pemimpin umno
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 06:03 PM | Show all posts
pinggan replied at 18-1-2022 12:02 PM
Jgn tampal kat lampu. Tampal kat cermin. Pastu elakkan kena air 24 jam - 48 jam. Ok la punya. Pesan  ...

bila ko sebut hati hati apa maksud nye? tak reliable banding dgn smart tag... apa saja passive rf system mmg out campak ke laut.... kalau ko tgk jepun punya rf dia integrate dalam kereta guna eletrik.... dah la kos bawah rm1 jual rm35.... jgn nak kata system mahal.... sebab tng masih guna system lama kecuali antenna kat palang RFID tu je yg tukar... bukan mahal sgt pun.... kad blh repload guna ewallet dah.... plus je tak nak terima system tu... sebab apa? sebab nak launch rfid ni sebab untung.... susah bukan masalah dorang pun...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 06:08 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-1-2022 06:10 PM

I bukan ape, i tak suka RFID ni sebab katanya kena guna e wallet - benci i , i bukan penggemar e wallet  semua ni , cume grab je... , i ni suka guna kaedah  touch and go card je, tak menjadi masalah.

I bukan tak suke online online ni - yes ade  online banking semua cuma i tak berapa gemar bila mana nak guna e wallet - kita mendeddahkan data personal acc kita sekali lagi kepada awangan maya ( walaupun protected - i tak tahus ejauh mana sistem tu secured ) , dah lah GRAB pun link grab acc kite pun ikut debit card kita,  ni e wallet pulak haissh....i tak suka lah RFID  ni...

tapi suke tak suke ada manusia ke suka tengok dana e wallet berkepuk kepuk , sebab i terfikir kita mesti kene keluarkan sejumlah wang untuk bagi account e wallet tu hidup kan , so duit kita kat 'awangan 'dah ...isk..geram betullah. bagaimana kalaulah sistem e wallet tu tetiba by some mechaniss tak berfungsi ???
kalau you all semua nak tahu segalanya ttg RFID ni

sini linknya

  https://bm.soyacincau.com/2021/1 ... ra-anda-perlu-tahu/



Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 18-1-2022 04:51 PM
Azrie oi, RFID yg gomen buat ni hanyalah transition ke arah Malaysia bebas palang tol. Nanti bila se ...

Hanya bebas palang saja buat pe...ko tetap jgk kna byr tol...
Paling bagus, hapuskn saja tol2 kt msia ni. Tol tak yah byr, smart tag ka, kad tng ka,  rfid ka tak perlu nk diganti2 lagi...rakyat nk kna hadap, rakyat nk kna kluar duit..gomen peduli apa, janji kroni tebal poket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 06:55 PM | Show all posts
pehtu bila kena kecam

terus buat U turn

yg huntong... yg guna t&g jugekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
rossa_queen replied at 18-1-2022 05:11 PM
Ahkak ni antara pengguna pilot test RFID masa awal2 keluar.  Dulu ada alat yang kesan tempat paling  ...

Aku ingatkan aku sorg je yg perasan mcm takde video viral camne nk pasang rfid tu. Kt page tng tu bleh plak letak video siti saleha. Cubalah tng buat video siti saleha pasang rfid tu dgn betul,buat tiktok ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 18-1-2022 06:08 PM
I bukan ape, i tak suka RFID ni sebab katanya kena guna e wallet - benci i , i bukan penggemar e wal ...

I pun sbnrnye tak suka ewallet ni. Sbb pd i la kan,ewallet ni punca kita selalu takde cash. Bg i la.. btul org kata ada ewallet boleh cashless tp debit card pun cashless gak. Duit dlm ewallet kalau tinggal rm1 misalnye kite kene topup kalau nak guna for next transaction. Tp ni pendpt i la
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 07:12 PM | Show all posts
annehuda replied at 18-1-2022 07:04 PM
I pun sbnrnye tak suka ewallet ni. Sbb pd i la kan,ewallet ni punca kita selalu takde cash. Bg i l ...

yups,   i pun  tak ada cash sangat  sebab debit card le.... tapi bila kena dengan 7-11 pada masa PKP 1st tu ...memang  belajar dari kesilapanlah..kene ade jugak cash duit kecik.
sebab e wallet ni lah i bengang dengan 7-11 hari tu , nak kena e wallet atau cash baru counter depa layan , hape punya kedai.
e wallet tu secured ke system dia?

setengah org suka e wallet sebab dia akan kurangkan risiko jenayah kad kredit ke debit tapi bila baca baca  well e wallet ni sistem juga , so bukannya kebal pun...

i nyampah pkoknya e wallet ni - grab tu pun i tak layan dah sebab asyik kene gune e wallet


u see berapa banyak data personal kita di 'awangan maya ni " - online banking, CC, Debit etc, now e wallet
haish sudahlah....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.549770 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list