CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Sarawak] Nelayan keliru sempadan kawasan Miri dan Terumbu Karang Sibuti

[Copy link]
Post time 18-1-2022 11:52 AM | Show all posts |Read mode
MIRI: Kekeliruan para nelayan berhubung sempadan kawasan Miri dan Terumbu Karang Sibuti yang telah diwartakan sebagai taman negara sebelum ini perlu diselesaikan.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, Sarawak Forestry Corporation (SFC) perlu mengadakan perbincangan susulan bersama semua agensi bagi memberikan penjelasan terperinci sempadan itu.

“Saya menerima aduan daripada komuniti nelayan di sini yang mengadu masih tidak faham terma dan syarat menangkap ikan di kawasan itu. Boleh ke tidak menangkap ikan? Mereka mahu tahu kelonggaran dan had sempadan yang ditetapkan untuk menggelakkan sebarang masalah di kemudian hari,” kata Lee.


Lee mempengerusikan sesi dialog bersama SFVA, wakil persatuan nelayan dan agensi penguatkuasa pada Isnin.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog bersama Persatuan Kapal Nelayan Sarawak (SFVA) dan wakil Persatuan Nelayan dan agensi-agensi penguatkuasa iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri, SFC, Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) Wilayah 3, Pejabat Residen Bahagian Miri dan Pejabat Daerah Miri di sini pada Isnin.

Lee menambah, antara perkara yang  perlu diperincikan berhubung aktiviti, kelonggaran dan larangan kepada nelayan yang berdaftar dengan JPLS.

Turut hadir Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan Pemangku Pegawai Daerah Miri Siti Rohani Yusof.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057083 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list