CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Sarawak] Tiong syor paip disambung terus ke Sibujaya

[Copy link]
Post time 18-1-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong Datuk Seri Tiong King Sing (gambar) mencadangkan supaya satu daripada paip 600mm projek Fasa 2 Sibujaya/Kanowit disambungkan terus kawasan Sibujaya tanpa perlu tanpa perlu menyambungkannya ke Kanowit.

Menurutnya, ini bertujuan untuk memulihkan masalah tekanan air rendah yang serius di kawasan itu.

Katanya, cadangan itu telah dikemukakan semasa mesyuarat bersama Lembaga Air Sibu (LAS) dan beberapa perunding dari Kuching pada Isnin bagi membincangkan rancangan bekalan air jangka panjang di Sibu.


"Saya mengemukakan cadangan ini bagi menyelesaikan isu bekalan air yang telah membelenggu penduduk di Sibujaya sejak lebih lima tahun yang lalu. Tidak ada keperluan untuk menyambungkannya ke Kanowit untuk mengatas masalah tekanan air rendah di kawasan Sibujaya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tiong bagaimanapun menggesa supaya sistem pembekalan air di Kanowit terus dipertingkatkan lagi bagi mengelakkan penduduk di kawasan itu dibelenggu masalah gangguan bekalan air.

Katanya, selain mengurangkan kos penyelenggaraan pada masa hadapan, pihak berkuasa juga harus mencari jalan memenuhi keperluan susulan pertambahan 40,000 penduduk di Sibujaya ketika ini dan bukannya melihat ke hadapan hanya untuk beberapa tahun.

"Apa yang kita lihat di Sibu ketika ini adalah sistem paipnya yang tidak kemas. Ada di antara paip dipasang di dalam longkang dengan cara yang bukan sahaja membazirkan dana tetapi juga menghalang pelebaran jalan pada masa hadapan," ujarnya.

Justeru itu, pihak berkuasa perlu menganggarkan kos projek-projek ini dengan segera, supaya kerajaan boleh membuat perancangan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang tidak stabil di Sibu secara beransur-ansur.

Selain itu, beliau berkata cadangan asal projek fasa 3 Loji Rawatan Air Salim dijangka dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran daripada 150 juta liter harian (MLD) kepada 300 JLH pada 2025.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengambil perlu mengambil masa kira-kira satu tahun untuk membuat pemerhatian di lapangan bagi memastikannya benar-benar berfungsi (loji).

“Saya berharap jurutera dapat mempercepatkan projek dan menyediakan bekalan air terawat untuk menampung pembangunan masa depan di Sibu. Kita perlu bersedia untuk pelabur asing yang berminat untuk menubuhkan kilang pada masa hadapan dengan memastikan bekalan air dan elektrik mencukupi,” tegas beliau.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.056180 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list