CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Sarawak] Pemandu tersepit, kereta terbalik di dalam parit

[Copy link]
Post time 18-1-2022 11:47 AM | Show all posts |Read mode


Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans selepas dikeluarkan dari kereta.

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki tersepit di dalam keretanya selepas terlibat kemalangan di Jalan Samarahan Bypass, awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.08 pagi.

Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan, diketuai Pegawai Bomba Kanan Kam Liman terus ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

"Komander operasi memaklumkan kemalangan melihatkan sebuah kereta yang dipercayai terbabas lalu terbalik di dalam parit.

"Seorang mangsa tersepit dan pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat berusaha mengeluarkan mangsa dari dalam kereta," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa yang mengalami kecederaan di leher kemudian diserahkan kepada ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat tersebut tamat sepenuhnya pada jam 2.55 pagi.

Sehingga berita ini ditulis, difahamkan mangsa masih menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/01/18

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.063860 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list