CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 6

[Dunia] Susu badan bertukar hijau selepas positif Covid-19

  [Copy link]
Post time 18-1-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Susu badan bertukar hijau selepas positif Covid-19

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... s-positif-covid-19/

Oleh KOSMO!
18 Januari 2022, 10:00 am


Seorang ibu menunjukkan bagaimana susu badannya berubah secara mendadak selepas dia terdedah kepada Covid-19. - Facebook

CANBERRA, Australia  – Seorang ibu di Australia terkejut apabila mendapati susu badannya bertukar warna menjadi kehijauan selepas dia dijangkiti Covid-19, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Ashmiry itu berkongsi dua keping gambar menunjukkan warna susu badannya sebelum dan selepas dia positif  Covid-19.

Dia berkata,  perubahan dalam warna susu badannya itu menjadi punca dia berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk membuat ujian saringan sebelum disahkan positif koronavirus.

‘Perubahan warna susu menunjukkan bahawa badan saya dengan pantas menghasilkan antibodi terbaik buat Rubi (bayinya yang menyusu badan).

“Semuanya lengkap dalam susu badan terutama antibodi, lemak tambahan dan semua kebaikan tulen,’ tulisnya pada keterangan gambar itu.

Sementara itu, pakar-pakar kesihatan memberitahu bahawa ibu  yang dijangkiti Covid-19 tidak perlu berasa takut untuk terus menyusukan anak mereka dengan mengikut protokol kesihatan ketat.

‘Virus Covid-19 tidak ditemui dalam susu ibu tetapi mudah disebarkan antara manusia. Bercakap dengan bidan atau doktor anda untuk mendapatkan nasihat khusus untuk situasi anda dan membuat pilihan terbaik untuk diri anda,’ jelas satu kenyataan umum. – Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Susu pandan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau susu bertukar warna, breast ada risiko kanser tak?

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 01:34 PM | Show all posts
pulak dahhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 01:55 PM | Show all posts
cm air kencing, klu demam teruk, berubah warna juga
klu xckup air, pn brubah warna
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh macam pernah baca pula news ni tahun lepas tp rasanya mummy tu dia kena covid beeast milk dia tukar kaler green gak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-3-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067176 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list