CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Sarawak] Isu kewarganegaraan, Sarawak mohon dipercepatkan kelulusan

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:25 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Kerajaan Sarawak berharap kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkan segera permohonan taraf kewarganegaraan bagi kanak-kanak tanpa kerakyatan dari negeri ini.

Menteri Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar) berkata isu kanak-kanak tanpa kerakyatan merupakan isu penting untuk ditangani.



“Oleh kerana permohonan bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan ini mengambil masa yang panjang, maka kami pada 2016 telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Di Bawah 15A Peringkat Negeri.

“Fungsinya, adalah untuk mempercepatkan proses kelulusan permohonan terutama dari segi sokongan dokumen dan sebagainya.

“Kita amat berharap usaha di peringkat jawatankuasa yang telah meneliti permohonan dan membuat cadangan sewajarnya dipertimbangkan dengan cepat pihak berwajib di bawah Kementerian Dalam Negeri,” katanya ketika ditemui selepas Program Sejambak Kasih Tahun Baru Cina di Tokong Heng Seng Ing Tong di sini pada Isnin.

Fatimah berkata lagi, isu kanak-kanak tanpa kerakyatan ini perlu ditangani segera kerana ia akan menjadi halangan untuk kanak-kanak itu mendapatkan pendidikan dan kemudahan kesihatan yang disediakan kerajaan.

Malah katanya tempoh sehingga lima hingga enam tahun untuk kelulusan permohonan adalah terlalu lama dan tidak wajar.

“Kami akan menulis kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bahawa kerajaan negeri komited membantu kanak-kanak tanpa kerakyatan ini. Kami percaya dalam isu ini perlu ada kesefahaman antara kerajaan negeri dan persekutuan agar tidak menjejaskan masa depan kanak-kanak ini,” katanya.

Dalam pada itu untuk rekod terdapat 723 permohonan bagi taraf kewarganegaraan daripada Sarawak antara 2016 hingga 2019 dan 246 permohonan pada 2021.

Daripada jumlah permohonan ini, 253 telah diluluskan manakala 716 lagi permohonan masih belum ada jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.197802 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list