CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1939|Reply: 26

Lagu Dinda catat penstriman paling tinggi Spotify sebab acik @Friska ulang2 recycle siang malam persis asterok?

  [Copy link]
Post time 17-1-2022 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Lagu Dinda unggul, distrim 1.481 juta di Spotify

KUALA LUMPUR: Walaupun belum berpeluang terbang ke republik Indonesia, Kugiran Masdo melakar sejarah menerusi lagu Dinda yang tular menerusi pelbagai platform digital dan aplikasi muzik sejak tahun lalu.

Lagu Dinda yang dilancarkan pada 2019 mula tular melalui aplikasi TikTok dan susulan impak pendedahan itu, nama Kugiran Masdo mula meniti bibir peminat di negara seberang.

Bukan sahaja lagu Dinda tersenarai antara single paling tular dengan distrim 1.481 juta di Spotify Indonesia, malah lagu lain seperti Janji Manis, Bunga dan Bercanda Di Malam Indah juga meraih perhatian.

Terbaru, kumpulan yang memperjuangkan genre muzik pop klasik dengan sentuhan lagu Melayu era 1960-an itu tersenarai sebagai artis Malaysia paling banyak distrim di Spotify Indonesia sejak awal Januari.

"Ini permulaan 2022 manis bagi Kugiran Masdo. Apabila diberitahu menduduki tempat pertama menewaskan nama besar dan berpengaruh, lagilah kecut perut.

"Bagaimanapun, syukur atas kejayaan ini. Kami melihat nama penyanyi lain disenaraikan bukan calang-calang. Ada yang sudah tahap legenda, mencipta nama di peringkat antarabangsa dan mempunyai pengaruh besar di Indonesia.

"Kami bagaikan kelu lidah, hilang kata-kata. Namun, saat lagu Dinda mula 'meroket' di Indonesia, kesannya sangat jelas apabila peningkatan pendengar dilihat di seluruh platform digital lain," kata vokalisnya, Ali Sariah.

Selain Kugiran Masdo menduduki tempat pertama, mengekori rapat ialah Yuna dengan 1.136 juta, Aisha Retno (1.098 juta), Datuk Seri Siti Nurhaliza (488,000), Exists (301,000), Yonnyboii (300,000), Iklim (297,000), Hujan (257,000), Search (227,000) dan Ukays (212,000).

Selain Ali, Kugiran Masdo dianggotai Azham Ahmad selaku dram, Putu Ceri (bass dan vokal) dan Asmawi (gitar dan vokal).

"Kami berterima kasih kepada peminat Indonesia mula menerima Kugiran Masdo. Seperti dikatakan, bukan mudah untuk artis Malaysia menembusi pasaran seberang. Kita boleh bilang dengan jari hanya beberapa nama sahaya yang diterima.

"Search, Datuk Sheila Majid dan Siti Nurhaliza antara nama yang kukuh membina rumpun muzik di Indonesia. Kami bersyukur takjub pengaruh Kugiran Masdo bukan hanya di Malaysia, malah mampu merebak ke negara seberang.

"Kugiran Masdo berharap dapat meluaskan empayar seni di negara lain pula," katanya.

Ali berkata, perancangan mahu melakukan siri jelajah dan promosi di Indonesia masih tertunda.

"Situasi pandemik menjadi salah satu faktor. Peluang memang ada depan mata, namun keadaan tidak mengizinkan. Kami agak kecewa kerana peluang tidak selalu ada. Namun, kami percaya ada hikmah di sebaliknya," katanya.

Bagaimanapun, Ali berkata, Kugiran Masdo dalam perancangan bersama tiga label muzik gergasi di Indonesia bagi meneruskan usaha tertunda, selain menjalinkan projek kolaborasi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2022 09:32 PM | Show all posts

Kugiran Masdo terpaksa menunda promosi dan siri jelajah ke Indonesia berikutan penularan pandemik COVID-19. - Foto Kugiran Masdo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 09:33 PM | Show all posts

Apabila lagu Dinda nyanyian Kugiran Masdo diterima di Indonesia, kesannya sangat jelas apabila peningkatan pendengar di seluruh platform digital. - Foto Kugiran Masdo
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:42 AM | Show all posts
bukan friska je sis.
aku pun tengok video2 cover Dinda dari Zidan, & TrisNa (tri suaka & nabila).
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
I tau satu lagu je dinda.. ade lg ke lgu masdo yg best?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 18-1-2022 08:45 AM
I tau satu lagu je dinda.. ade lg ke lgu masdo yg best?

Bunga pun ok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2022 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosannazmia at 18-1-2022 09:28 AM

Sabaaa jelaa ahkak smp pi check tik tok indo nak check mostly sejuta lebih views , plg tinggi views 2 juta lebih.. x sangka viral lagu masdo.. dak2 indo suka wat tiktok amik aweks balik dr sekolahan, bila awek dtg x leh bukak pintu.. pehtu pakwe nye gelak2 , lagu dinda jadi background “dinda jgn marah2 nanti lekas tua” macem2
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aweera? Mana aweera?

@amira_adlina?




Huhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
internesenel bagi donyaaa hiburan Malaya itu je lerrrrr
yendonnnn
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 18-1-2022 08:45 AM
I tau satu lagu je dinda.. ade lg ke lgu masdo yg best?

Lautan asmara pn best
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau Dinda ni takpe sebab ok je lagu dia. Cuma live macam hauk sikit
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:38 PM | Show all posts
sukalah lagu2 group ni..lagu die easy listening je. vibe pun mcm happy2.. aku plg tk suka lagu siti nordiana yg baru tu..kalau ada terus tutup radio.pelik bebenor muzik arrnagement.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu dia ok..easy listening. Tp walaupon easy dinyanyikan, vokal live Masdo tetap la hauk. Camne nak wat konsert jelajah nak setanding Search, Sheila Majid dan Siti Nurhaliza?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 18-1-2022 10:19 AM
internesenel bagi donyaaa hiburan Malaya itu je lerrrrr
yendonnnn

Eh hello..yuna yg berjaya di hollywood dan shilalat yg berjaya di chinkies nak letak mana?

Indon, apa la sangat..pasaran kecik katanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 18-1-2022 07:37 PM
Eh hello..yuna yg berjaya di hollywood dan shilalat yg berjaya di chinkies nak letak mana?
...

Hahaha acik shilalat iol kasi slide tapi acik yuna?
Kita kena tanya acik2 kat usa nunnnn kenal kee idok
keee sekadar iklan spotify di times square jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Work out more on ur vocal too

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 02:15 AM | Show all posts
oooo tapi lagu ni best... cuma tak sangka hendon memang minat lagu2 tahun 1990an ke bawah yach... lagu theyols yang instrument baru2 latest pop tu semua tak laku... sangat kebelakang gittew taste...

kat sini pulak yang pelik2 macam kpop blackpink atau bts yang lagu korea punya tu tak sedap dan tah pape... tapi lagi laku lagunya di sini....

nak puji sedap pun tak tergamak... theyols dengar demi nak usap chepit je tak silap kaka kan sebabtu views tinggi tapi streaming rendah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 09:16 AM | Show all posts
rosannazmia replied at 18-1-2022 09:26 AM
Sabaaa jelaa ahkak smp pi check tik tok indo nak check mostly sejuta lebih views , plg tinggi view ...

klu di youtube, Dinda, Cover by Nabila Suaka hit 9 juta++ view
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 09:19 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 19-1-2022 02:15 AM
oooo tapi lagu ni best... cuma tak sangka hendon memang minat lagu2 tahun 1990an ke bawah yach... la ...

lagu saari amri pun hit di indon bang dude.sis agak kagum tengok lagu Buih Jadi Permadani (Mengintai Dari Tirai kamar - by Exist) hit di sana.

cer tengok yg di cover oleh nabila suaka dan zidan dah hit 93 juta view dlm tempoh 2 bulan.
sebegitu minat orang2 seberang dengan lagu ni.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 09:29 AM | Show all posts
Login_ID replied at 19-1-2022 09:19 AM
lagu saari amri pun hit di indon bang dude.sis agak kagum tengok lagu Buih Jadi Permadani (Mengint ...

iolss tengok dah yang tu... tu la memang terkejut gitteww... sebab kat sini gigih la bbnu duk dengar lagu pap pap pap entah apa ke benda yang tak boleh di fahami macam idol - bts dengan blackpink tu... kaka dah cuba ulang 30x tapi masih belum dapat masuk di mana merdunya ataupun bestnya...
tak sangka kat sana theyols minat lagu dari negara kita yang 1990an ke bawah gittewww...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.078875 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list