CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 113|Reply: 2

[Sabah] Polis Siasat Dakwaan Tidak Bersalah Langgar Lampu Merah

[Copy link]
Post time 17-1-2022 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-1-2022 01:24 PM



Saman polis trafik PDRM yang dikenakan pemilik akaun Facebook DanDenzel.KOTA KINABALU, SABAH – Polis daerah ini sedang menjalankan siasatanterperinci mengenai kenyataan seorang pengguna jalan raya yang mendakwa dirinyatidak bersalah selepas disaman kerana melanggar lampu isyarat merah.

Penama akaun Facebook ‘Dan Denzel’ pada Ahad lalu memuat naik beberapasuntingan dari perakam memandu kereta (dash cam) pacuan empat roda beliausejurus insiden kira-kira jam 10.50 pagi bertempat di Jalan Lintas Kolombong.

Dalam catatan yang mendapat 129 kongsian itu, beliau berkata dirinyasudah melihat semula visual pada peranti berkenaan dan gagal mencari sebarangkesalahan sehingga dikenakan saman.

“Saya ada hak sepenuhnya untuk memberikan keterangan tetapi diabaikan,” dakwanya.

Manakala Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullahberkata, ketika itu sepasukan 12 anggota trafik telah menjalankan operasi utamabagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang danperaturan-peraturan lalu lintas.“Pemilik akaun menafikan melakukan kesalahan tersebut dan telahmenunjukkan bukti melalui rakaman dash cam kenderaan miliknya.

“Sehubungan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah KotaKinabalu telah menjalankan siasatan teliti dari pelbagai sudut untuk mengenalpasti situasi sebenar insiden…

Ini termasuk mengambil keterangan semua anggota yang terlibat di dalamoperasi berkenaan dan keterangan pemilik akaun Facebook tersebut,” katanya.

Menurut Zaidi, rakaman CCTV pada lampu isyarat di lokasi kejadian yangdiperolehi daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah turut diteliti.

“Pihak Polis Daerah Kota Kinabalu ingin menasihatkan orang ramai supayatidak mengeluarkan kenyataan atau komen yang menggusarkan atau bolehmenimbulkan persepsi yang negatif terhadap mana-mana pihak serta boleh menjejaskansiasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.


sabahnewskini.com/2022/01/17


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 11:24 PM | Show all posts
yg p sign nape...jgn sign lenkali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 08:29 AM | Show all posts


Polis jalankan siasatan, kenal pasti insiden sebenar langgar lampu isyarat

KOTA KINABALU: Polis kini menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti insiden sebenar membabitkan seorang pemandu yang ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu atas kesalahan melanggar lampu isyarat.

Kejadian terbabit berlaku pada 15 Januari lepas kira-kira jam 10 pagi di Batu 5 Jalan Lintas Kolombong dekat sini sebelum tular di media sosial sejak semalam.

Pemandu terbabit menafikan melakukan kesalahan itu dan mengeluarkan kenyataan menerusi laman Facebook berhubung tindakan polis yang mengenakan saman atas kesalahan 'jalan semasa lampu merah' dan turut menunjukkan bukti melalui rakaman 'dash cam' kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan teliti daripada pelbagai sudut dijalankan untuk mengetahui situasi sebenar.

Katanya, semua anggota yang terlibat dalam operasi pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan lalu lintas turut diambil keterangan.

"Pemilik akaun Facebook berkenaan juga dipanggil bagi memberi keterangan dan rakaman 'dash cam' dari kenderaan serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lampu isyarat di lokasi kejadian yang diperoleh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) turut diteliti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan atau komen yang menggusarkan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap mana-mana pihak serta boleh menjejaskan siasatan polis.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan yang terperinci ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang mahupun peraturan serta prosedur operasi tetap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


utusanborneo.com.my/2022/01/17

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.079371 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list