CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Sarawak] SUKMA KL: Mungkin ada atlet Sarawak tarik diri atas faktor usia

[Copy link]
Post time 17-1-2022 08:36 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (tengah) bersama yang lain merakamkan gambar di garisan permulaan dan tamat Kejohanan Lumba Basikal Sarawak Piala Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

KUCHING: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menolak kemungkinan ada atlet Sarawak yang terpaksa menarik diri pada Sukan Malaysia (SUKMA) atas faktor usia.

Bercakap kepada pemberita pada Kejohanan Lumba Basikal Sarawak di sini Jalan FAC-Politeknik Matang di sini hari ini, Abdul Karim berkata SUKMA yang akan berlangsung di Kuala Lumpur tahun ini sepatutnya diadakan pada 2020.

Katanya disebabkan penangguhan selama dua tahun ada antara atlet yang terlebih usia kerana had umur bagi penyertaan dalam SUKMA adalah 21 tahun ke bawah.

“Saya rasa bukan sahaja Johor, tetapi negeri lain termasuk Sarawak juga berhadapan dengan isu yang sama.

“Bagaimanapun saya belum mendapat maklumat dan jumlah terperinci kerana apabila ditunda kepada 2022, ada antara atlet kita yang hilang minat dan memilih untuk masuk ke universiti, bekerja dan sebagainya,” katanya.

Mengenai persiapan atlet Sarawak berbaki beberapa bulan sebelum SUKMA bermula, Abdul Karim berkata pada masa ini atlet Sarawak dalam program latihan biasa.

Program latihan secara intensif katanya masih belum dapat ditentukan kerana belum ada kepastian penuh sukan yang akan dipertandingkan selepas Johor undur diri sebagai tuan rumah dan diambil oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Oktober tahun lepas, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Jawatankuasa Tertinggi SUKMA bersetuju menangguhkan sukan  SUKMA Johor hinga ke tahun 2024.

Di samping itu beliau juga bersetuju Majlis Sukan Negara menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA 2020 di Kuala Lumpur tahun ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050881 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list