CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 69|Reply: 0

[Sarawak] Pengguna motosikal rekod kemalangan tertinggi

[Copy link]
Post time 17-1-2022 07:57 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Purata kes kemalangan jalan raya di Sarawak setahun, dalam tempoh 2010 sehingga 2020 adalah sebanyak 1,213 kes.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata daripada jumlah tersebut, kemalangan melibatkan pengguna motosikal adalah yang tertinggi iaitu 5,914 kes atau 48.7 peratus.

“Mengikut statistik pada 2020, terdapat 315 kes kematian berlaku di jalan raya dan daripada jumlah itu, 53 peratus atau 168 kes adalah melibatkan motosikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Tahun Baru Cina akan datang di Jalan Tun Jugah, di sini, hari ini.

Justeru, Lee menyarankan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati pada musim hujan ketika ini.

“Ia memandangkan jalan raya yang sentiasa basah dan licin serta terdapat lopak air boleh membahayakan pengguna jalan raya.

“Malah, pengguna jalan raya juga perlu memastikan lampu kenderaan dipasangkan agar boleh dilihat oleh pengguna lain,” katanya.

Dalam pada itu, Lee berkata sebahagian besar punca kemalangan adalah disebabkan oleh sikap manusia.

“Sikap cuai dan lalai semasa memandu, memandu dalam keadaan mabuk dan letih serta tidak menjaga jarak pemanduan boleh menyebabkan kemalangan.

“Malah, ada sesetengah yang lambat memberi isyarat ketika hendak membelok menyebabkan kemalangan terjadi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata sempena musim perayaan, pemandu yang ingin pulang ke kampung perlu berhenti seketika untuk rehat atau membawa pemandu lain supaya dapat memandu secara begilir-gilir.

Dengan itu, katanya kemalangan dapat dielakkan dan mereka dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat.

“Kami akan melancarkan program ‘Awareness Behaviour Change’ iaitu program kesedaran untuk mendidik para pengguna jalan termasuk pemandu kereta, motosikal dan sebagainya,” katanya.


by suaraswk
January 17, 2022

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.079518 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list