CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 95|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak Delta Geopark dinilai untuk pengiktirafan kebangsaan

[Copy link]
Post time 17-1-2022 07:49 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sarawak Delta Geopark (SDGp), sebuah projek tapak warisan geologi berkeluasan 311,246 hektar di selatan negeri itu akan melalui proses penilaian Jawatankuasa Penilaian Geopark Kebangsaan bermula 19 hingga 21 Jan ini bagi mendapatkan pengiktirafan Geopark Kebangsaan.
Menteri Muda Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata pakar geologi Prof Dr Felix Tongkul dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pakar biologi Prof Datuk Dr Mohammad Tajuddin Abdullah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menjalankan penilaian berkenaan.

"Sesi penilaian ini penting dalam usaha kerajaan negeri mendapatkan pengiktirafan SDGp sebagai geopark kebangsaan dan seterusnya pada peringkat antarabangsa bagi melindungi dan memelihara warisan geologi, biodiversiti, sejarah dan budaya melalui konsep pembangunan secara mapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pemandangan di Santubong yang merangkumi Sarawak Delta Geopark.

Katanya, SDGp meliputi daerah Kuching, Bau, Padawan dan Siburan yang memiliki banyak ciri geologi dan geomorfologi dengan nilai geowarisan tinggi untuk diiktiraf sebagai sebuah geopark pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Cadangan untuk mendapat pengiktirafan Sarawak Delta Geopark sebagai Geopark Kebangsaan dan seterusnya UNESCO Global Geopark telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada November 2019 di Kampung Budaya Sarawak,” katanya.

Len Talif berkata geopark itu menyediakan mekanisme pembangunan wilayah secara bersepadu merangkumi pemeliharaan warisan alam semula jadi, pembangunan ekonomi dan komuniti berasaskan sumber-sumber warisan geologi.

Dalam usaha untuk membangunkan SDGp, beliau berkata kerajaan negeri menekankan aspek-aspek pemeliharaan dan pemuliharaan warisan, pembangunan ekonomi dan pembangunan komuniti dengan mengintegrasikan alam semula jadi dan pemuliharaan warisan budaya sebagai satu entiti seimbang.

"Melalui inisiatif pembangunan geotapak, secara tidak langsung juga akan membangunkan sosioekonomi penduduk melalui geopelancongan (geotourism) di tempat berkenaan," katanya. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/01/17

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.080562 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list