CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Sarawak] Isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah layak mohon bantuan kebajikan

[Copy link]
Post time 17-1-2022 07:48 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Ketua isi rumah dengan pendapatan bulanan di bawah RM1,169 sebulan kini boleh memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata syarat kelayakan kebajikan telah dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169 mulai Januari tahun ini.

PGK yang digunakan bagi syarat kelayakan kebajikan sebelum ini ialah RM1,020 sebulan.

“PGK ini adalah yang ditetapkan kerajaan persekutuan dan dengan kenaikan ini ia akan membolehkan lebih ramai rakyat kita layak menerima bantuan. Jadi kita minta rakyat kita yang layak untuk memohon bagi bantuan kebajikan ini yang disediakan oleh kerajaan persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas Program Sejambak Kasih Tahun Baru Cina di Tokong Heng Seng Ing Tong di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JKM Sarawak Noriah Ahmad, Timbalan Pengerusi Kuching Heng Hua Seng Ing Tong Tony Pui, Pengerusi Penganjur Tay Choon Geok dan Setiausaha Kuching Heng Hua Seng Ing Tong Ho Kim Hian.


Fatimah menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina, turut kelihatan Noriah (dari kanan), Tay, Tony dan Ho.

Bercakap mengenai program tersebut, ia merupakan anjuran Pejabat Kebajikan Bahagian Kuching dengan kerjasama Kuching Heng Hua Seng Ing Tong.

“Program Sejambak Kasih ini diadakan setiap musim perayaan dengan 52,000 penerima bulanan kebajikan akan menerima tambahan RM100 pada perayaan masing-masing. Untuk Tahun Baru Cina, ia melibatkan seramai 6,106 penerima berbangsa Cina manakala di Kuching sahaja seramai 2,814 penerima,” katanya.

Fatimah turut menegaskan program ini melibatkan semua bangsa mengikut perayaan masing-masing Tahun Baru Cina, Hari Raya, Krismas termasuk Deepavali.

Beliau juga berkata kerajaan negeri menerusi kementeriannya dan JKM Sarawak akan terus melaksanakan program ini pada masa akan datang.


utusanborneo.com.my/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054870 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list