CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Sarawak] Lapan PATI ditangkap bersama dua tekong darat

[Copy link]
Post time 17-1-2022 07:46 PM | Show all posts |Read mode


Lapan warganegara jiran bersama dua tekong darat ditahan polis di Lubok Antu pada Ahad.

LUBOK ANTU: Lapan warganegara Indonesia dan dua warga tempatan dipercayai tekong darat ditahan polis di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP Victor Ripon berkata kejayaan tersebut adalah hasil rondaan pencegahan jenayah oleh pasukan polis di sekitar pekan ini.

Menurutnya, pada jam 10.30 pagi, empat orang anggota dari IPD Lubok Antu telah menahan dan memeriksa sebuah kenderaan di jalan utama di hadapan IPD Lubok Antu.
Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama seorang penumpang warganegara Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

"Kedua-dua lelaki terbabit disoal siasat di lokasi dan memberitahu sebuah lagi kenderaan akan tiba dan turut bersama membawa penumpang warganegara Indonesia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berdasarkan maklumat tersebut, polis bertindak dan selang lima minit kemudian sebuah kenderaan melalui lokasi sama telah ditahan.

Menurut Victor, melalui pemeriksaan kenderaan kedua, polis menemui seorang pemandu lelaki tempatan dengan membawa bersama tujuh penumpang warganegara Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Lapan warganegara Indonesia ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pas imigresen yang sah.

Dua pemandu lelaki warga tempatan dipercayai tekong darat, ditahan di bawah Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana disyaki membawa pendatang asing tanpa izin ke negara Malaysia tanpa menggunakan laluan sah.


utusanborneo.com.my/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.064591 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list