CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 69|Reply: 0

[Sabah] Bot Kargo Muat Barang Kawalan Tanpa Permit Ditahan

[Copy link]
Post time 17-1-2022 07:43 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU:  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot kargo tempatan sarat dengan muatan pelbagai barangan yang disyaki diseludup keluar ke negara jiran sekitar perairan Tanjung Saima, Pulau Sebatik lebih kurang jam 1.30 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, bot kargo mencurigakan itu dikesan bergerak dari arah perairan Batu 3 menuju ke kawasan sempadan perairan Malaysia-Indonesia oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Ops Cegah Pati Selatan.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati bot kargo tersebut dikendalikan seorang tekong lelaki warga tempatan berusia 32 tahun bersama seorang penumpang wanita warga tempatan berusia 35 tahun.

“Pemeriksaan dokumentasi terhadap barangan yang dibawa mendapati tekong gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan yang dibawa serta mengemukakan dokumen kastam yang meragukan.

“Tekong juga turut mengabaikan aspek keselamatan di laut kerana tidak mempunyai pelampung keselamatan dan alat pemadam api.

“Pemeriksaan di dalam bot turut menjumpai pelbagai set kosmetik yang diragui status pendaftaran serta tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Siva Kumar berkata, penggeledahan menyeluruh ke atas bot kargo tersebut telah menemukan pelbagai barangan kawalan, barangan kosmetik serta barangan runcit yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Antaranya 1.6 tan gula pasir, 2.1 tan minyak masak berpaket, 3.4 tan tepung gandum, 1764 set kosmetik pelbagai jenama dan barang-barang runcit campuran.
Katanya, kedua-dua suspek ditahan bersama bot serta muatan dan diiring ke Jeti Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967, Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah(JPDS) 2002.

“Kesemua barangan termasuk bot kargo,enjin dan muatan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM212,956,” katanya.

Sementara itu, Siva Kumar berkata, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah(ESSZONE).

Katanya, kerjasama dengan agensi-agensi lain akan terus diperkukuhkan demi memastikan undang-undang negara sentiasa dipatuhi.

“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999,” katanya.


sabahmedia.com/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080148 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list