CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 78|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 17/01/2022

[Copy link]
Post time 17-1-2022 07:37 PM | Show all posts |Read mode




Kes harian COVID-19 di Sarawak kekal satu angka
KUCHING: Sarawak terus merekodkan kes harian COVID-19 satu angka apabila sembilan kes dilaporkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada sembilan kes, kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan) masing-masing empat kes manakala kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator) satu kes.

Sibu merekodkan empat kes, diikuti Kuching tiga kes, Miri dan Bintulu masing-masing satu, manakala 36 lagi daerah di Sarawak tidak merekodkan kes baharu.

Tiada kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan begitu tiada kluster COVID-19 aktif di Sarawak setakat ini, lapor JPBNS menerusi satu kenyataan.

JPBNS turut memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan lima kompaun bagi tempoh seminggu (9 hingga 15 Januari 2022) atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

Menurutnya kelima-lima kompaun itu dikeluarkan di Kuching atas kesalahan pemilik premis (Perbadanan) gagal menyediakan cecair sanitasi tangan (dua), pemilik premis (Perbadanan) gagal menyediakan alat saringan suhu atau alat saringan disediakan tidak berfungsi (satu) dan lain-lain kesalahan melibatkan individu (dua).

Jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan KKM atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi SOP pencegahan COVID-19 sejak 11 Mac 2021 sebanyak 685, tambahnya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mengeluarkan 14 kompaun di Kuching kerana tidak mengimbas kod QR MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.

Keseluruhan kompaun dikeluarkan PDRM atas pelbagai kesalahan tidak mematahui SOP pencegahan COVID-19di Sarawak setakat ini berjumlah 12,942.


utusanborneo.com.my/2022/01/17

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 07:38 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.077298 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list