CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 76|Reply: 0

[Sarawak] 40 peratus orang dewasa diberi dos penggalak

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:45 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sebanyak  40 peratus atau 9,364,326 individu  daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, setakat  tengah malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak 145,922 dos penggalak diberikan semalam.

Selain itu, seramai 22,903,466 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,183,820 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 2,773,734 atau 88.1 peratus daripada kumpulan  remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 2,861,589 atau 90.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,808,347 setakat ini.


sarawakvoice.com/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.085370 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list