CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 120|Reply: 0

[Sabah] Lelaki Ini Kongsi Spot Percutian Tersembunyi Di Sabah, Belum Diketahui Pelancong

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode



SABAH seringkali menjadi destinasi pilihan bagi pelancong dalam dan luar negara yang inginkan percutian bersaksikan keindahan alam semula jadi. Biasanya, pelancong akan melawat pulau-pulau di negeri itu, selain menikmati kehijauan alam sekitar.

Antara lokasi pulau percutian yang sering mendapat perhatian ramai adalah di sekitar kawasan Sipadan, Sibuan, Mataking dan Semporna. Tidak dinafikan, tempat-tempat ini sememangnya menarik namun terdapat sebuah lagi bandar di tepi pantai yang kurang dikenali, iaitu Kudat.


Foto: Rider Chris

Bagi mereka yang ingin berada di tanah besar, pantai Simpang Mengayau adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung pantai yang ingin menikmati pantai pasir putih, kejernihan air biru dan pemandangan yang tenang.


Foto Rider Chris

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rider Chris telah pun berkongsi tempat menarik tersembunyi di Sabah. Paling penting, disini juga banyak port yang menarik untuk korang ber’OOTD’. Sudah tentu gambar korang akan menjadi lebih cantik dengan pemandangan semula jadi di persisiran pantai.



Foto Rider Chris

Hanya kira-kira 2 kilometer dari pantai ini, korang boleh menjejaki nothernmost point di Pulau Borneo dan berada di sempadan terdekat antara Filipina dan Malaysia sambil melihat pemandangan panorama Laut China Selatan dan Laut Sulu.


Foto Rider Chris


Foto Rider Chris


Foto Rider Chris

Terdapat banyak chalet, kafe, restoran, tandas awam dan tempat ini juga menjadi antara lokasi melihat matahari terbenam yang sangat indah. Penting untuk korang tahu juga, di kawasan ini juga hanya transaksi tunai diterima kerana liputan internet yang terhad. Jadi, bawa wang tunai siap-siap ya. Hiks!



Cantikkan tempat tersembunyi ini? Sementara lokasi ini masih tidak dikunjungi ramai lagi, eloklah sekiranya korang bertandang ke sini dulu. Selamat bercuti. Hiks!


sabahpost.net/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.095052 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list