CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 76|Reply: 0

[Sarawak] Pengguna jalan raya terperangkap hingga dua jam dari Samarahan ke Kuching

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Ada daripada pengguna jalan raya dari Kota Samarahan ke Kuching mengambil masa lebih dua jam untuk sampai di destinasi mereka.

Hal ini disebabkan mereka terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya yang semakin teruk di laluan Jalan Expressway Samarahan.

Bagi menangani kesesakan itu, lima bulatan sepanjang laluan berkenaan sedang dinaik taraf, dan projek inilah sebahaagiannya menyumbang kepada kesesakan teruk itu.

Untuk itu, Menteri Pengangkutan Datuk Sri Lee Kim Shin akan mendapatkan laporan berkaitan projek berkenaan.

“Rancangan kita adalah untuk menaik taraf semua bulatan itu kepada lampu isyarat pintar,” katanya kepada media di sini,  sambil menambah lampu isyarat itu akan menggunakan kepintaran buatan.

Projek itu dirasmikan pada Okt 2020 dan dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan.

Selain lampu isyarat itu, untuk menangani masalah berkenaan, kerajaan negeri sedang berusaha untuk melaksanakan projek ART dan jalan raya alternatif dari kawasan Samarahan.

Untuk rekod, kesesakan jalan raya menyebabkan kerugian dari segi masa, tenaga, minyak dan produktiviti.


sarawakvoice.com/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 01:44 PM GMT+8 , Processed in 2.734080 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list