CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 73|Reply: 0

[Sabah] Kerja pembinaan sistem perparitan Kg Liau Ulu siap

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:22 PM | Show all posts |Read mode


TUNJUK: Julas menunjukkan parit konkrit yang telah siap dilaksanakan untuk kemudahan penduduk kampung Liau Ulu.

KENINGAU: Kerja-kerja pembinaan parit di Kampung Liau Ulu yang telah siap sepenuhnya diyakini dapat mengatasi masalah yang dihadapi penduduk berkenaan masalah pembuangan air sisa domestik termasuk limpahan air hujan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Liau Ulu Julas Sandili berkata, penduduk kampung tidak lagi perlu bimbang dengan situasi itu memandangkan kerja pembinaan parit yang sistematik sudah selesai.

"Dengan adanya perparitan yang sistematik, ia dapat mengalirkan sisa cecair dengan lancar sekaligus mengatasi masalah ketiadaan sistem perparitan yang teratur.

"Terima kasih atas perhatian Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor kerana telah memperuntukkan pembinaan parit konkrit sepanjang 180 meter itu, " katanya.

Pembinaan perparitan itu diyakini dapat menyelesaikan isu takungan air sehingga menyebabkan beberapa kawasan becak dan berlumpur yang berpunca daripada  pembuangan sisa air dari rumah dan mengalami takungan air apabila hujan kerana ketiadaan perparitan yang dapat mengalirkan ke tempat yang sepatutnya.

“Sehubungan dengan itu, saya selaku Pengerusi JPKK Liau Ulu mewakili penduduk kampung menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan melalui kepimpinan Robert dan staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor yang begitu komited dan prihatin membolehkan pembinaan perparitan dikampung ini dapat dilaksanakan,” kata Julas.


utusanborneo.com.my/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.074508 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list