CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Sabah] Penjaja mahu tempoh masa beroperasi dilanjutkan

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:20 PM | Show all posts |Read mode


TURUN PADANG: Christina (kanan) menyerahkan kalender 2022 kepada seorang penjaja di Pasar Malam Api-Api.

KOTA KINABALU: Penjaja makanan pada Pasar Malam Api-Api berharap tempoh beroperasi dapat dilanjutkan oleh pihak berkuasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew berkata, ramai dalam kalangan penjaja ingin menjana semula pendapatan bagi menampung kerugian berikutan pandemik COVID-19 yang melanda selama ini.

"Semangat perayaan Tahun Baharu Cina sudah mula dirasai, pengunjung tempatan sudah mula datang beramai-ramai.

"Saya berharap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) boleh mempertimbangkan permintaan para penjaja yang mahukan tempoh masa berniaga dilanjutkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Baru-baru ini Christina yang juga Mantan Timbalan Ketua Menteri turun padang ke Pasar Malam Api-Api bagi menyampaikan kalender 2022 selain ucapan Tahun Baharu Cina.

Dalam pada itu, Beliau turut mengingatkan para peniaga untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) agar dapat mengelakkan tercetusnya sebarang kluster COVID-19.

"Sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan, pakailah pelitup muka pada setiap masa, guna cecair pembasmi kuman ketika beroperasi," katanya.

Pada Ahad lalu, Christina turut melawat Tamu Gaya yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengembara dalam dan luar negeri. Beliau turut mengedarkan kalender 2022 kepada para peniaga di kedai sekitarnya.

Beliau diiringi Pegawai Perhubungan DUN Api-Api Grace Lee.


utusanborneo.com.my/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062019 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list